Michelle Ng Mei Sze
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Michelle Ng Mei Sze (Cina ringkas: 黄美诗; Cina tradisional: 黃美詩; pinyin: Huáng Měishī; Pe̍h-ōe-jī: N̂g Bí-si; lahir 7 April 1990) ialah seorang rakyat Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Subang Jaya sejak Mei 2018. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Digital,[1] YB Gobind Singh Deo. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan Setiausaha Biro Perundangan DAP.[2]
Remove ads
Kehidupan awal
Michelle menyelesaikan pengajian Sarjana Muda Undang-undang (LL.B.) di London School of Economics melalui tajaan biasiswa Maxis. Beliau turut diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Inner Temple. Sebelum itu, Michelle menamatkan pengajian peringkat A-level di Universiti HELP menerusi Anugerah Biasiswa Pelajar Cemerlang. Pendidikan menengah dan rendahnya pula diperoleh dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Nam.[3]
Remove ads
Kerjaya awal
Michelle Ng merupakan seorang peguam. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam litigasi dengan minat khusus dalam bidang perlembagaan, hak asasi manusia dan litigasi berkepentingan awam. Beliau pernah menjadi peguam bersekutu di firma guaman Sreenevasan Young sebelum menyertai firma guaman Gobind Singh Deo & Co, iaitu firma milik bekas Menteri dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Kerjaya politik
Dewan Undangan Negeri Selangor
Pilihan Raya
2018
Pada tahun 2018, Michelle Ng telah dicalonkan buat kali pertama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi Subang Jaya sempena Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan meraih 88.3% undi keseluruhan dan majoriti sebanyak 48,272 undi, menjadikannya salah seorang wakil rakyat termuda yang dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada usia 28 tahun.[4]
2023
Michelle telah dipilih semula dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023 dengan meraih 81.03% undi dan majoriti sebanyak 51,191 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Zayd Shaukat daripada MUDA dan Gana Pragasam Sebastian daripada Perikatan Nasional.[5]
Tempoh perkhidmatan
Setelah melobi secara intensif untuk penambahbaikan dalam pengurusan air,[6][7][8] Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor telah diwujudkan semula dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada Mac 2020, di mana Michelle telah dilantik sebagai Pengerusi.[9] Beliau juga merupakan Setiausaha Publisiti Wanita DAP bagi Jawatankuasa Negeri Selangor.[10]
Michelle giat melobi pembaharuan dalam sektor air yang dapat meningkatkan pengawasan terhadap sumber air di Selangor.[11] Beliau juga berjaya melobi kerajaan negeri untuk menambah baik akses kepada sistem keadilan jenayah melalui penubuhan Dana Bantuan Guaman Selangor.[12][13] Selain itu, Michelle turut menunjukkan minat yang mendalam terhadap akses penjagaan kesihatan mental, termasuk melobi agar rawatan kesihatan mental lebih disubsidi dan mendesak usaha ke arah penyahjenayahan percubaan bunuh diri.[14][15][16] Beliau juga memainkan peranan penting dalam membawa semula penggunaan van mini ke dalam sistem pengangkutan awam dengan melaksanakan perkhidmatan van tempahan atas permintaan di Subang Jaya melalui platform Kumpool.[17]
Kehidupan peribadi
Michelle berkahwin dengan Tan Cheng Leong. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 21 April 2022.[18]
Pada 3 Jun 2023, Michelle melancarkan buku pertamanya bertajuk "Beneath Calm Waters", yang mengisahkan perjuangannya mencari tapak untuk membawa perubahan sebagai wakil rakyat kerajaan negeri dari barisan belakang.ref>Zainah (2023-06-04). "ADN Subang Jaya tulis buku kumpul dana PRN". SelangorTV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-18.</ref> Dalam buku ini, beliau menyampaikan secara jujur dan terbuka suka duka dalam usahanya mendorong pembaharuan sistemik, yang kebanyakannya diilhamkan oleh isu-isu yang diketengahkannya melalui kerja kemasyarakatan.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Laman web
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads