Mohamed Fadzli Hassan

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohamed Fadzli Hassan
Remove ads

Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan (Jawi: ‏محمد فضلي بن حسن‎‎) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1968 di Kampung Kaabah, Kelaweh, Temangan, Kelantan yang merupakan putera sulung kepada pasangan Allahyarham Dato' Haji Hassan Muhamad dan Datin Munah @ Hasnah Salleh.

Fakta Segera Timbalan Menteri Besar Kelantan, Sultan ...

Sebagai tokoh yang dihormati dalam politik Kelantan, YB Dato' Dr. Fadzli bukan sahaja aktif dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi juga memainkan peranan penting di peringkat nasional menerusi pelbagai jawatan dalam PAS. Penglibatan beliau dalam politik dan kerajaan telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan Negeri Kelantan khususnya dalam bidang pembangunan insan, pendidikan dan undang-undang.

Remove ads

Politik

Pada tahun 2008, YB Dato' Dr. Fadzli Hassan membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Penolong Profesor, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan Penolong Pengarah, Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setelah mendapat cadangan daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri Temangan N43 bagi menggantikan ayahanda beliau Dato' Haji Hassan Muhamad yang merupakan Exco Pendidikan Kelantan. Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan sejak 2008 setelah memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12). Beliau telah berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut sehingga PRU-15 pada tahun 2023 yang mencerminkan sokongan berterusan dari pengundi di kawasan itu dan menandakan sumbangan beliau yang konsisten dalam pembangunan Negeri Kelantan serta perjuangan aspirasi rakyat.

Sewaktu beliau menuntut di kampus UIAM, beliau merupakan Amir Jamaah dan merupakan Presiden Hizbi United Kingdom dan Eire pada tahun 1999-2001, sebuah persatuan pelajar Islam terkemuka di United Kingdom. Beliau juga merupakan Pengerusi Forum Malaysia United Kingdom dan Eire 1999-2001 (FMUKE), sebuah persatuan induk yang dianggotai oleh lebih dari 20 buah persatuan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland, serta Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Malaysia Sedunia 2000-2001 (GPIMS), yang menghimpunkan persatuan pelajar dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Pakistan, India, Indonesia dan Jepun.

Di peringkat organisasi, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Pusat Strategik PAS dan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kerja Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. Selain itu, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, dan AJK Institut Latihan dan Kepimpinan PAS Pusat (ILHAM), di mana beliau diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah ILHAM. Di peringkat PAS Negeri Kelantan, beliau memegang beberapa peranan penting termasuk sebagai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Kelantan, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Yang Dipertua PAS Kawasan Machang dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Machang.

Dalam Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Dr. Fadzli telah memegang beberapa jawatan penting:

  • 2008–2013: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
  • 2013–2018: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi
  • 2018–2023: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi
  • 2023 hingga kini: Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang
Remove ads

Pendidikan

Beliau memulakan perjalanan pengajian awalnya di Maahad Shamsul Maarif, Pulai Chondong. Beliau telah melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, salah satu institusi terkemuka yang menawarkan pendidikan Islam.

Selepas tamat di Kolej Islam Klang, Dr. Fadzli meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui program matrikulasi. Pada tahun 1990, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dari UIAM. Setahun kemudian, pada tahun 1991, beliau melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (LL.B (s)), dari UAIM juga.

Selepas kejayaan akademik di Malaysia, beliau melanjutkan pengajian ke luar negara. Pada tahun 1993, beliau menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M) dari University of Warwick, United Kingdom. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di University of Birmingham, United Kingdom, di mana beliau berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Islamic Study (Comparatina Law) pada tahun 2001.

Perjalanan pendidikan Dr. Fadzli Hassan yang merangkumi pelbagai peringkat dan bidang dari undang-undang sivil hingga undang-undang syariah serta penyelidikan mendalam di peringkat doktor falsafah yang mencerminkan komitmennya dalam memperkasakan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang undang-undang dan syariah.

  • Maahad Shamsul Maarif, Pulai Chondong
  • Kolej Islam Klang (KIK)
  • Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (LL.B (S)), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M), University of Warwick, United Kingdom
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Islamic Study (Comparatina Law), University of Birmingham, United Kingdom
Remove ads

Pengalaman Kerjaya

  • 1992: Penolong Pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • 1992 - 2001: Pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • 2002 - 2008: Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • 2004 - 2008: Penolong Pengarah Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • 2005 - 2008: Penasihat Syariah, Standard Charted Bank.
  • Di samping peranan di UIAM, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Anugerah

  • Kelantan Kelantan
    • Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili III), J.M.K. - (2010)
    • Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II), D.J.M.K. - Dato' (2012)[1]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads