Ahmad Yakob
Menteri besar Kelantan ke-18 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob (Jawi: احمد بن يعقوب, lahir 1 Februari 1950) merupakan ahli politik dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Pasir Pekan sejak April 1995. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dari Mei 2013 hingga Ogos 2023. Beliau adalah ahli, Timbalan Ketua Rohani dan Pesuruhjaya Negeri Kelantan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).
Remove ads
Keluarga
Dilahirkan pada 1 Februari 1950 di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan kepada tokoh agama Islam iaitu Yakob Ishak, aktivis kanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap guru agama kampung dan Che Zainab Che Hussein, suri rumah, yang merupakan rakan aktivis PAS.
Beliau berkahwin dengan guru, Siti Zabidah Ab Hamid (lahir 2 Februari 1960) pada 14 Ogos 1980 dan pasangan ini dikurniakan 12 orang anak.
Remove ads
Pendidikan
Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan (1) dan Sekolah Islam Bustanul Ariffin, Tumpat, sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Kolej Pengajian Islam Kota Bahru. Beliau kemudian belajar di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Kota Bahru; sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke luar Malaysia.
Beliau mendapat lulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar dalam Syariah pada tahun 1978. Pada tahun 1979, beliau mendapat Diploma Pendidika (Bahasa Arab) dari Universiti Ain Syams.[2]
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan perkhidmatan pendidikan sebagai guru di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor pada tahun 1980. Beliau kemudian mengajar di SMK Dabong, Gua Musang (1986), SMK (P) Pasir Mas (1986) dan SMK Rantau Panjang.
Beliau meletakkan jawatan sebagai guru pada 1995 untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia pada 1995.
Penglibatan politik
Bapanya merupakan tokoh PAS di Tumpat dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 bersama seorang lagi tokoh PAS, Nik Abdullah Arshad.
Ahmad mendaftar sebagai Ahli PAS pada 1986. Mulai 1986, beliau dilantik ke beberapa jawatan politik dalam PAS, Bab Tumpat.
Pada 1995, beliau ditawarkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-9 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan. Beliau menang menentang calon BN, Saupi Daud, dengan majoriti 2,734 undi.
Pada 17 Mei 1997, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bertanggungjawab dalam Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Sumber Manusia, menggantikan Rozali Isohak untuk menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-10, beliau menewaskan seorang lagi calon daripada Barisan Nasional, Mohamad Sulaiman. Selepas itu, beliau dilantik sekali lagi sebagai EXCO Negeri yang menjaga Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-11, beliau menewaskan seorang lagi calon BN, Mohd. Noor Yaakob, di kerusi dewan undangan yang sama dengan majoriti 2,271 undi.
Ahmad dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 23 Mac 2004, menggantikan Abdul Halim Abdul Rahman. Beliau kemudiannya dilantik menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013.[3][4]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Kelantan
- Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) (2003)[7]
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2005)[8]
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) - Dato' - 2010[8]
- Gelaran Kebesaran Negeri Dato' Bergelar - Dato' Bentara Kanan - 2016[9]
Bibliografi
- Ahmad Yakob (2014). Khalifah Kita Pilihan Allah. Shah Alam: Karya Bestari. ISBN 9789838604840.
- Ahmad Yakob (2017). Renungan Ramadhan. Kota Bharu: UKMB Resources.
- Ahmad Yakob (2018). Sains Al-Quran. Kota Bharu: UKMB Resources. ISBN 9789671600825.
- Ahmad Yakob (2020). Ibrah Melalui Kisah Anbiya’ & Solehin. Kota Bharu: UKMB Resources. ISBN 9789671600832.
- Ahmad Yakob (2021). Ibtila' Hikmah dan Pengajaran. Kota Bharu: UKMB Resources.
- Ahmad Yakob (2022). Akhlak & Tasauf Menerusi Pedoman Al-Quran. Kota Bharu: UKMB Resources.
- Ahmad Yakob (2023). Nazhafah Diri & Integriti. Kota Bharu: UKMB Resources.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads