Mohd Nassuruddin Daud

Menteri Besar Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohd Nassuruddin Daud
Remove ads

Dato' Panglima Perang Ustaz Dato Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud (lahir 4 Oktober 1965) merupakan ahli politik dan ahli agama Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan sejak Ogos 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Meranti sejak April 1995. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR), Gagasan Sejahtera (GS) dan Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Menteri Besar, Ahmad Yakob dari Mei 2013 kepada kenaikan jawatan Menteri Besar pada 8 Ogos 2023 serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dari April 2008 sehingga Jun 2013. Beliau adalah ahli dan Ketua Penerangan Negeri Kelantan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN dan dahulunya GS, PR, Barisan Alternatif (BA) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).[1]

Fakta Segera Menteri Besar Kelantan ke-19, Raja ...
Remove ads

Latar belakang

Beliau merupakan anak kepada Haji Daud Meranti, seorang tokoh agama yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tumpat Barat selama sepuluh tahun. Haji Daud Meranti dikenali sebagai seorang guru agama yang mengajar tafsir, hadis, nahu, tasawuf dan fiqh sirah di kawasan Pasir Mas. Beliau juga telah menubuhkan sebuah sekolah agama di Kampung Meranti, Pasir Mas. Usaha tersebut kemudian diteruskan oleh keluarga melalui penubuhan Maahad Tahfiz Daril Ulum (MAFIZ).

Nasharuddin mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Semasa cuti pengajian, beliau pernah berkhidmat sementara sebagai guru di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Beliau kemudian ditawarkan bertanding dalam PRU 1995 bagi kerusi DUN Meranti atas arahan Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan berjaya memenanginya. Sejak itu, beliau kekal sebagai ADUN Meranti.

Walaupun pengajian beliau di Al-Azhar tertangguh akibat tugas politik, beliau akhirnya berjaya menamatkan ijazahnya selepas beberapa kali kembali ke Mesir untuk menduduki peperiksaan akhir. Beliau turut dikenali sebagai salah seorang tokoh muda yang berani menggantikan Nik Abdul Aziz mengajar di Dewan Zulkifli Muhammad, Pejabat PAS Kelantan.

Sepanjang penglibatan dalam pentadbiran negeri, beliau pernah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan dengan portfolio pembangunan Islam, dakwah, penerangan dan hubungan serantau. Beliau juga dikenali sebagai antara pemimpin yang lantang mempertahankan dasar kerajaan negeri dan PAS, hingga mendapat gelaran "Singa PAS Kelantan". Beliau turut menerima gelaran kebesaran negeri sebagai Dato’ Panglima Perang.


Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada malam 26 Disember 2023, rumah Mohd Nassuruddin dan kawasan sekitar Kampung Meranti dinaiki air berikutan banjir di Kelantan semakin teruk.[2]

Pada Februari 2025, beliau membuat laporan polis melalui Pegawai Khasnya selepas akaun WhatsApp miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan menggunakan akaun berkenaan disarankan membuat laporan polis.[3]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Anugerah

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads