Mohd Misbahul Munir Masduki
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Misbahul Munir Masduki (lahir 1 Jun 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh. Dalam pilihanraya, beliau telah bertanding 6 kali sejak tahun 1999 di Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Hutan Melintang (2018) dan yang terakhir pada tahun 2022 di P 057 Parit Buntar, Perak. PRU ke 15 baru ini, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar.
Remove ads
Latar belakang
Beliau mendapat Ijazah Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1987, dan Master Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. Semasa belajar di UKM, Bangi 2003, beliau menulis tesis bertajuk 'Konsep Negara Islam Yang Diperjuangkan Oleh PAS Dalam Konteks Politik Malaysia Hari Ini'. Kajian ini lebih memfokuskan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun begitu pengkaji juga turut membincangkan ideologi, dasar, matlamat dan perjuangan PAS.
Beliau seorang ahli politik yang naif dan juga bergerak aktif dalam NGO dan berjawatan sebagai Timbalan Presiden Muktamar Dakwah Malaysia (MDM), Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia), dan Pengerusi Pertubuhan Aman Sejahtera Perak. Beliau begerak aktif dalam kegiatan dakwah, pendidikan, kemanusian dan kebajikan. Terlibat juga dalam Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) sebagai Pengerusi Kluster Dakwah Sabah dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Ummad & Wanita & Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pertubuhan Dakwah Malaysia (MSYPDM). Dalam pendidikan beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (guru) di beberapa buah sekolah di Perak.
Terkini beliau merupakan Ahli Parlimen di Parit Buntar dan masih lagi sebagai Pengetua Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang beroperasi di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor.
Remove ads
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
Malaysia:
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[1]
Pilihan Raya
Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads