Mujahid Yusof

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. [2] Mujahid bin Yusof Ar-Rawi (lahir 25 Oktober 1964) kebiasaanya dikenali sebagai Mujahid Yusof Rawa, merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),[3] ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Parit Buntar selama tiga penggal (2008-2022). Beliau merupakan Timbalan Presiden ke-2 AMANAH, parti komponen di dalam PH. Kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara mewakili DUN Perak.

Fakta Segera Ahli Dewan Negara, Mewakili Dewan Negeri Perak ...

Mujahid merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, yang juga merupakan Presiden PAS, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Mujahid dikenali sebagai progresif dan aktif dalam menjadikan PAS kepada parti berbilang kaum. Namun, beliau dan sebahagian rakan-rakan yang dikenali sebagai G18, telah ditolak dalam Muktamar PAS 2015. Beliau dan rakan-rakannya kemudiannya mewujudkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiaannya menjadi asas kepada tertubuhnya parti AMANAH.

Remove ads

Pendidikan

Kerjaya

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) (2018-kini)
  • Naib Presiden Parti Amanah Negara (2015-kini)
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007-2015)
  • Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- 2015)
  • AJK PAS Pusat (2005-2015)
  • AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang
  • Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
  • Guru Bahasa Arab
  • Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
  • Pensyarah Universiti Multimedia, Melaka Bandar Raya Bersejarah (1999-2004) Universiti Multimedia
Remove ads

Politik

Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 2004 namun tewas. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Rahman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi. Pada PRU ke-14, beliau diberikan mandat untuk penggal ketiga berturut-turut sebagai wakil rakyat di Parit Buntar Perak.

Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003)

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...
Remove ads

Anugerah



  • Plaque of the City of Sarajevo (2018)[13]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads