Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Ahli Politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Remove ads

Datuk Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah (lahir 24 Februari 1952) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas Presiden Kelantan FA (2019-2020), bekas Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) (2018-2020), bekas Ahli Parlimen Kota Bharu (2008-2013), bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan (1995-2008) dan bekas ADUN Tanjong Mas (1995-2004).

Fakta Segera Yang Berbahagia Datuk Haji DPSM (Melaka), Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan ...

Beliau menyertai AMANAH pada tahun 2015 dan dilantik sebagai Pengerusi AMANAH dan PH Kelantan sehingga tahun 2019. Menjelang Pilihan raya umum Malaysia 2022 beliau dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya AMANAH Kelantan. [1]

Remove ads

Isu dan kontroversi

Pada 30 April 2002, Wan Abdul Rahim didapati bersalah kerana mengahwini seorang wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Kemboja pada 10 Mac 2002. Beliau didapati bersalah mengahwini Hassena Osman atau Sowan Rodi di negara Kemboja tanpa mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Beliau berhadapan dengan hukuman tiga hari penjara dan di denda sebanyak RM 1,800.00 oleh Mahkamah Syariah.[2]

Remove ads

Keputusan pilihan raya umum

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...
Remove ads

Anugerah dan penghargaan

  • Melaka :
    • Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2019)[6]
  • Kelantan :
    • Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (DJMK) - Dato' (2004, ditarik balik pada 7 Februari 2018)[7][8]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads