Muallaf (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Muallaf (filem)
Remove ads

Muallaf merupakan sebuah filem Malaysia arahan Yasmin Ahmad yang dihasilkan pada tahun 2008. Filem tersebut menceritakan bagaimana tiga orang individu mencari ketenangan hati menerusi agama. Ini merupakan filem kelima Yasmin Ahmad selepas Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin.

Fakta Segera Pengarah, Dihasilkan oleh ...
Remove ads

Tajuk

Jauh daripada sangkaan ramai, Muallaf tidak menceritakan seseorang yang masuk agama Islam. Malah, Yasmin sendiri mengakui bahawa beliau menggunakan istilah tersebut untuk mencirikan seorang manusia yang pada asalnya beragama Kristian mazhab Katolik hilang kepercayaannya terhadap agama tersebut setelah dimalukan oleh ayahnya (yang merupakan seorang pengikut Katolik yang teguh) serta perasaan terhadap ibu kandungnya, dan kemudiannya kembali ke pangkuan ibunya setelah mendekati dua insan beragama Islam yang boleh dikatakan luar biasa serta serba sedikit pengetahuan tentang Islam.

Remove ads

Sinopsis

Brian Goh (Brian Yap) merupakan seorang guru Sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Kerapkali dia menerima panggilan telefon daripada ibunya di kampungnya di Pulau Pinang yang memujuknya supaya pulang ke rumah dan menemaninya ke gereja setiap Ahad. Namun, Brian sentiasa menolaknya dengan alasan bahawa dia sibuk dengan kerjanya.

Rohani (Sharifah Amani), 20 tahun, dan adiknya Rohana (Sharifah Aleysha), 14 tahun, tinggal di sebuah banglo yang terbiar. Mereka berdua telah melarikan diri daripada ayah kandung (Datuk Rahim Razali) mereka yang bergelar 'Datuk' yang bengis. Ayah mereka juga kerapkali pergi ke kelab malam dan meminum bir, amalan yang jelas haram di sisi Islam. Dengan kesedaran bahawa dia tidak boleh bergantung kepada dana amanah yang ditinggalkan arwah ibunya sepanjang hidup dan juga untuk mengelakkan diri daripada dikesani konco-konco ayahnya pada waktu siang, Rohani terpaksa bekerja di sebuah pub (Sid's Tavern & Cafe) pada lewat malam untuk menyara pendidikan Rohana. Bagaimanapun, Rohani sentiasa memberitahu pelanggan bar tentang keburukan arak terhadap kesihatan malah menawarkan air mineral. Akibatnya, dia dipecat oleh majikannya, Patrick, setelah mendapat tahu daripada rakan sekerjanya, Cindy.

Kedua-dua Rohani dan Rohana mempunyai amalan pelik yang sentiasa menyebut ayat dari kitab Al-Qur'an, termasuk ayat dari Tao Te Ching dan kitab Injil. Rohana yang kerap berbuat begitu menimbulkan kemarahan guru Pendidikan Seninya, Puan Siva. Pengetua sekolahnya, Bro. Anthony mendapat tahu akan amalan pelik itu dan, bersama Brian (yang mengajar di sekolah Rohana), tekad untuk mengetahui lebih banyak tentang adik-beradik itu. Brian terutamanya tertarik kepada amalan yang 'luar biasa' itu dan berminat terhadap terjemahan bahasa Inggeris Al-Qur'an yang dimiliki Rohani, di mana dua beradik itu seringkali memetik dan menyebut ayat-ayat darinya.

Hubungan mereka bertiga bertambah erat sehinggalah Rohani dan Brian masing-masing berkongsi masa lampau mereka. Brian hilang kepercayaannya terhadap agama Kristian semasa berusia 12 tahun, akibat dikesan oleh ayahnya membaca bahan pornografi dan melakukan perkara yang kurang senonoh lalu ditelanjangkan dan dibiarkan berdiri di tepi jalan. Ibunya tidak dapat berbuat apa-apa selain melihat sahaja. Pada hakikatnya, ibu bapanya menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh. Perihal Rohani pula ialah dia telah tanpa sengajanya menunjukkan ketidakhormatanan kepada ayahnya yang melakukan perkara haram, lalu menimbulkan kemarahan ayahnya yang mencukuri kepalanya sehingga botak.

Biarpun demikian, Rohani dan Rohana tetap teguh dengan keimanan mereka dan bersolat seperti biasa serta berbincang sesama sendiri tentang Islam berdasarkan terjemahan Inggeris Al-Qur’an yang dimiliki arwah ibu mereka. Lantaran mereka juga menjadikan satu amalan untuk memaafi mereka yang telah menyinggung mereka tatkala siang hari sebelum masuk tidur. Ini menjadikan mereka seolah-olah tidak apa-apa pada setiap saat. Rohani cuba memujuk Brian untuk menemani ibunya ke gereja setiap Ahad namun dia seolah-olah masih degil.

Sehinggalah suatu hari, ayah Rohani merampas Rohana darinya di sekolahnya dan Rohani mengejar mereka sehingga ke Kuala Lumpur. Sebelum dia pergi, dia meminta Brian untuk menjaga kediamannya dan menyuruhnya agar tidak mencarinya jikalau dia tidak kembali pada hari Jumaat pada minggu itu. Pada hari Jumaat, Rohani menelefon Brian dan memberitahunya bahawa ayahnya telah kena strok dan mahu tinggal di sana untuk menjaganya. Dia membuat percubaan terakhir untuk memujuk Brian kembali bertemu dengan ibunya dan akhirnya berjaya. Paparan terakhir filem menunjukkan Brian memandu dengan cepat kembali ke kediaman Rohani, di mana dia mengetuk pintunya dan ia dibuka untuk membenarkannya masuk.

Remove ads

Barisan pelakon

Maklumat lanjut Pelakon, Watak ...

^ Watak Brian Yap pada mulanya dirancang untuk dinamakan Robert Ng.

Penutup

  • Filem tidak menunjukkan secara jelas apa yang telah berlaku pada Rohana pada akhirnya. Bolehlah dianggap bahawa Rohani berjaya bertemu dengan Rohana pada akhirnya memandangkan dia telah memutuskan untuk tinggal di Kuala Lumpur untuk menjaga ayahnya yang merampas Rohana pada awalnya.
  • Filem tidak menunjukkan secara tersurat adakah Brian tertarik kepada Rohani atau agama Islam itu sendiri. Jika benar bahawa Brian jatuh cinta kepada Rohani, ini mungkin kali pertama Yasmin memaparkan perasaan cinta secara tersirat dalam filem-filemnya.
Remove ads

Tayangan filem

Sepertimana filem-filem yang sebelumnya, penayangan Muallaf bermula dengan ayat Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang). Apa yang berbeza kali ini ialah ayat tersebut ditulis dalam bahasa Cina, yakni 奉大仁大慈真主的尊名 (Pinyin: fèng dà rén dà cí Zhēn Zhǔ de zūn míng). Adalah difahamkan bahawa ayat tersebut akan dipaparkan dalam bahasa Tamil dalam filemnya yang berikutnya, Talentime.

Sepertimana filem karya keduanya, Sepet, Muallaf ditayangkan di Singapura terlebih dahulu. Filem tersebut ditayangkan di panggung wayang seni premier Singapura, The Picturehouse, selama 4 minggu dari 27 November ke 24 Disember 2008, dengan jualan tiket yang jauh melebih daripada prestasi Sepet.

Remove ads

Prestasi di persada antarabangsa

Anugerah yang dimenangi

  • Festival Filem Antarabangsa Tokyo Ke-21 (21st Tokyo International Film Festival) (18 - 26 Okt 2008) ~ Anugerah Khas Filem Terbaik Asia-Timur Tengah (Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film)

Tayangan pilihan rasmi

  • Festival Filem Locarno Ke-61 (61st Locarno International Film Festival) (6 - 16 Ogos 2008)
  • Festival Filem Antarabangsa Pusan Ke-13 (13th Pusan International Film Festival) (2 - 10 Okt 2008)
  • Festival Filem Rialto (Rialto Film Festival), Amsterdam - Sinema Malaysia Baru (New Malaysian Cinema)
Remove ads

Surah dan ayat agama yang disebut dalam filem

Maklumat lanjut Surah/Ayat, Kandungan ...

Nota : Salah satu ayat yang disebut dalam filem tidak berasal dari mana-mana kitab agama, yakni

                 "And so you see I have come to doubt (Jadi engkau telah melihat aku mula kurang percaya)
                  All that I once held as true (Segalanya yang aku pernah menganggapnya benar)
                  I stand alone without beliefs (Ku berdiri keseorangan tanpa kepercayaan)
                  The only truth I know is you (Kebenaran yang hanya ku tahu adalah mu)"

             yang dipetik dari sebuah lagu bernama Kathy's Song oleh Paul Simon dan Art Garfunkel.
             Ayat ini disebut dalam perbulan antara Brian dan Rohani dalam kereta.

Remove ads

Trivia

Sebelum filem ini diterbitkan, satu kontroversi telah timbul di mana watak Sharifah Amani (Rohani) yang dicukur rambutnya meninbulkan kemarahan mufti-mufti tertentu disebabkan amalan mencukur rambut bagi wanita adalah sama sekali haram dari segi Islam. Ini berdasarkan ketika mengerjakan ibadat haji sekalipun, wanita dilarang membotakkan kepalanya. Juga terdapat hadis Riwayat Imam Al-Bukhar yang melarang wanita melakukannya sebegitu. [1], [2]

Remove ads

Ulasan dan temubual bersama Yasmin Ahmad tentang filem

Singapura Singapura

Indonesia Indonesia

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads