Muaz Fitri

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muaz Aidil Fitri Maslan (lahir 26 April 1991) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Antara kredit lakonannya ialah Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa? dan Pesan Pada Hati, namun lebih dikenali menerusi drama Takdir Yang Tertulis.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kerjaya

Muaz memulakan kerjaya lakonan pada 2007 dengan membintangi pementasan teater Siti Di Alam Fantasi yang berlangsung di Istana Budaya, ketika itu beliau baru berusia 16 tahun, namun meninggalkan bidang lakonan buat seketika kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya di sekolah. Pada tahun 2013, beliau membintangi drama pertama lakonannya, Misiku Kuza, kemudian diikuti oleh Baby Ana Milik Siapa? pada 2014. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif membintangi beberapa drama termasuk Seharum Kasih (2017), Aurora Aisyah (2019) dan Cari Aku Di Syurga (2019–2020). Kejayaannya hadir pada 2021 apabila beliau melakonkan watak Hakim dalam drama Takdir Yang Tertulis lakonan bersama Nazim Othman, Alvin Chong, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.[3][4][5] Beliau bakal muncul dengan filem pertama lakonannya, Inflakasta yang sedang menjalani penggambaran.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Muaz bertunang dengan pengurusnya, Qaseh Anita pada 12 Julai 2022 selepas 4 tahun bercinta.[6]

Filemografi

Kunci
Filem yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads