Takdir Yang Tertulis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Takdir Yang Tertulis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Nad Zainal, Nazim Othman, Datin Elvina Mohamad[1] dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 21 Januari hingga 16 Februari 2021 menggantikan Bougainvillea.[2]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean.
Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Sementara itu, anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Nad Zainal sebagai Juweta
- Nazim Othman sebagai Azlan
- Elvina Mohamad sebagai Ruhila
- Alvin Chong sebagai Ean
Pelakon pembantu
- Isaac Iman sebagai Mika
- Didie Alias sebagai Che Salmah
- Uchee Fukada sebagai Kak Jo
- Iman Suhana sebagai Ruzita
- Muaz Fitri sebagai Hakim
- Nizam Kama sebagai Agen Hartanah
Penerbitan
Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan pilihan pertama, kedua dan ketiga untuk menjayakan watak utama Takdir Yang Tertulis tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.[3] Antara pelakon yang disenaraikan ialah Janna Nick, Mira Filzah, Diana Danielle, Amyra Rosli, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Ungku Ismail Aziz dan Hisyam Hamid.[3] Menurutnya, hasil perbincangan dan persetujuan bersama TV3, Nad Zainal telah dipilih untuk menjayakan watak Juweta, manakala Nazim Othman memegang watak Azlan, Elvina Mohamad sebagai Ruhila dan Alvin Chong sebagai Ean.[3]
Runut bunyi
- "Karma" - Kaka Azraff dan Jaz Hayat
- "Putus" - Vanessa Reynauld[4]
- "Kendati" - Amylea Azizan[5]
Sambutan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads