Mufti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mufti (Jawi: مفتي serapan Arab: مُفْتِي, rumi: muftī) adalah seorang ahli hukum Islam yang berkelayakan untuk mengeluarkan pendapat (fatwa) yang tidak terikat mengenai hukum syarak.[1][2] Perbuatan mengeluarkan fatwa disebut iftāʾ.[3] Mufti dan fatwa mereka memainkan peranan penting sepanjang sejarah Islam, mengambil peranan baru di era moden.[4][5] Mufti boleh dianggap sebagai penasihat agama Islam, yang juga merupakan tonggak penasihat agama Islam bagi sesebuah negara mahupun negeri.[6]
Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang fatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukum Al-Quran, Hadis Rasulullah, Qiyas dan Ijmak Ulama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa.
Remove ads
Etika seorang mufti
Mufti tentunya seorang yang pakar, terbukti pakar dan pernah belajar di universiti dalam mahu di luar negara serta amat mahir dalam bahasa Arab agar mudah dan mampu menterjemah dan mentafsir al-Quran dan Hadith. Sepatutnya mufti yang dilantik itu sesuai dengan bidang pengajiannya di universiti dan mampu menguasai beberapa bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara (pentadbir kerajaan) selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkan syariat Islam. Mufti perlulah bersifat bebas tanpa terikat atau bersekutu dengan kerajaan oleh kerana menjaga periuk nasi dan menanti habuan dunia. Sebaliknya pula harus berbeza dengan pembangkang yang anti-kerajaan.
Mufti adalah ulama, iaitu pewaris Nabi, dan perlu amar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah. Mufti haruslah mengikuti perkembangan pendapat ulama kontemporari dan tidak dikongkong oleh ulama silam semata-mata. Ulama luar negara haruslah dijadikan rujukan, pegangan dan bersilang mazhab dan fikrah.
Mufti mestilah bijaksana, diplomasi dan bijak kompromi dan boleh mengawal situasi apabila berhujah, mampu memberikan dalil-dalai dan nas yang digunakan semasa berhujah semasa berhadapan dengan tentangan masyarakat dan pemerintah sendiri. Mufti mestilah berani setiap ketika untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan isu semasa dan gawat. Untuk itu, mufti mestilah berkata benar walaupun pahit. Mereka mestilah muhasabah diri, muhasabah diri dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.
Mufti seharusnya mempunyai pemikiran terkini, terbuka luas dengan hubungan intim dengan ulama luar negara yang jauh lebih berkaliber. Sumber rujukan mufti mestilah yang kukuh dan tidak sekadar mengutip sumber kedua, dan meluas, iaitu tidak setakat di kalangan ulama semata-mata tetapi juga umara. Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian. Segala maklumat tentang sesuatu perkara hendaklah tidak dikeluarkan secara tergesa-gesa. Sebaliknya ditimbang secara bijaksana dan akuilah adalah orang lain yang lebih bijak dan juga warak.
Kalau dahulu masjid adalah tempat ilmu, tetapi kini berpindah ke universiti. Oleh itu mufti haruslah dekat atau berlegar, berinteraksi dengan mereka yang berada di universiti. Ini kerana universiti adalah institusi ilmu yang paling tinggi.
Remove ads
Mengikut negeri
Afrika Selatan 
Mufti
- Seraj Hendricks (Mufti Besar Afrika Selatan)
- Ebrahim Desai (Mufti Durban)
Albania 
Mufti
- Hafiz Sabri Cocki (Mufti Besar Albania)
Bekas Mufti
- Ismail Ndroqi (Bekas Mufti Durres)
Amerika Syarikat 
Mufti
- Ahmed-ul-Qaderi Razawi (Mufti Dallas)
- Senad Agic (Mufti Komuniti Orang Bosnia di Amerika Syarikat)
Arab Saudi 
Pasca penubuhan Arab Saudi moden, jawatan Mufti Besar mula diperkenalkan pada tahun 1953[7]. Mufti Besar juga berperanan juga sebagai ketua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan. Mufti Besar Arab Saudi kini disandang oleh Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh sejak 1999.
Australia
& New Zealand 
Mufti
- Fehmi Naji El-Imam (Mufti Besar Australia )
Bekas Mufti
- Taj El-Din Hilaly (Bekas Mufti Besar Australia )
Azerbaijan 
Mufti
- Dr. Allah-Shakur bin Hemmat Bashazada (Mufti Besar Azerbaijan)
Belarus 
Mufti
- Alexandrovich Izmail (Mufti Belarus)
Bosnia-Herzegovina 
Mufti
- Prof. Dr. Mustafa Ef. Cerić (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina)
- Adham Samcic (Mufti Banja Luka)
- Ajoob Dawtovic (Mufti Zenica)
- Hamed Afandic (Mufti Gorazde)
- Hasan Makjic (Mufti Bihac)
- Hussein Kvasovic (Mufti Tuzla)
- Hussein Smajic (Mufti Sarajevo)
- Ismael Smajlovic (Mufti Angkatan Tentera Bosnia-Herzegovina)
- Nasrat Abdibigovic (Mufti Travnik)
- Sayyed Smajkic (Mufti Mostar)
Bekas Mufti
- Džemaludin Čaušević (Bekas Mufti Besar Bosnia-Herzegovina)
- Hafiz Sulejman Sarač (Bekas Mufti Besar Bosnia-Herzegovina)
- Mehmed Sabit Ribić (Bekas Mufti Bihac)
Brunei Darussalam 
Mufti di Brunei merupakan jawatan bertaraf menteri dan dilantik oleh Sultan Brunei. Ia ditubuhkan pada 1962. Sehingga kini terdapat dua orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Kerajaan Brunei terkini ialah Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned yang dilantik sejak 1994.
Bulgaria 
Mufti
- Mustafa Hadzhi (Ketua Mufti Bulgaria)
- Ali Hadzhi Sadik (Mufti Plovdiv)
- Ali Hairaddin (Mufti Sofia)
- Basri Pechlivan (Mufti Pleven)
- Bilial Mehmed (Mufti Dobrich)
- Dzemal Hamid (Mufti Gotse Delchev)
- Ibrahim Kiorpe {Mufti Aitos)
- Mehmed Allia (Mufti Razgrad)
- Nasuf Nasuf (Mufti Kurdzhali)
- Osman Ismail (Mufti Shumen)
- Shifket Hadzhi (Mufti Smolyan)
Croatia 
Mufti
Cyprus Utara 
Mufti
- Nazim Al-Qubrusi (Mufti Besar Republik Turki Cyprus Utara)
- Yusuf Sucimez (Mufti Besar Republik Turki Cyprus Utara)
Emiriah Arab Bersatu 
Mufti
- Dr. Al-Habib Ahmad bin Abd Al-Aziz Al-Haddad (Ketua Mufti Dubai)
Eritrea 
Mufti
- Alamin Usman Alamin (Mufti Eritrea)
Bekas Mufti
- Ibrahim Mukhtar (Bekas Mufti Eritrea)
Filipina 
Mufti
- Omar Pasigan (Mufti Besar Kepulauan Mindanao)
Greece 
Mufti
- Ahmet Mate (Mufti Xanthi)
- Metzo Cemali (Mufti Komotini)
India 
Mufti
Bekas Mufti
- Sayed Muhammad Amimul Ehasan Barkati (Bekas Mufti Besar Kolkata)
Iran 
Bekas Mufti
- Mirza Ibrahim (Bekas Ketua Mufti Shiraz)
Iraq 
Mufti
- Rafi' Taha Al Rifa'i Al Ani (Mufti Besar Iraq)
Itali 
Mufti
- Abdul Hadi Palazzi (Mufti Besar Rome)
Jordan 
Mufti
Bekas Mufti
Kazakhstan 
Mufti
- Absattar Bagisbayevich Derbisali (Mufti Agung Kazakhstan)
Kemboja 
Mufti
- Okhna Haji Kamaruddin Yusof (Mufti Kemboja)
Kosovo 
Mufti
- Naim Trnava (Mufti Besar Kosovo)
Lubnan 
Mufti
Bekas Mufti
Macedonia 
Mufti
- Sulejman Rexhepi (Mufti Besar Macedonia)
Malaysia 
Malaysia tidak mempunyai Mufti Besar atau Mufti Negara[9] disebabkan bidang kuasa agama Islam terletak di bawah negeri, bukan Persekutuan. Oleh sebab itu, setiap negeri mempunyai seorang mufti. Terdapat empat belas orang mufti di Malaysia dari setiap negeri iaitu Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Wilayah Persekutuan), Dato’ Haji Yahya Ahmad, (Johor), Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Awang (Kedah), Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Perlis),Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (Pulau Pinang), Dato' Dr. Haji Zulkiply Haji Muda (Terengganu), Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil (Melaka), Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad (Negeri Sembilan), Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad (Kelantan), Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman (Pahang), Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid (Selangor), Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria (Perak), Datuk Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar (Sabah), dan Datu Haji Kipli Haji Yassin (Sarawak).
Mesir 
Institusi mufti mula diwujudkan di Mesir pada 1895[10] dengan penubuhan Dar al-Ifta Mesir semasa Mesir di bawah taklukan Uthmaniyah. Mufti Besar merupakan satu daripada empat jawatan agama Islam yang penting di Mesir selain Imam Besar Al-Azhar, Presiden Universiti Al-Azhar dan Menteri Wakaf Mesir yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam. Mufti Besar Mesir kini disandang oleh Syeikh Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam sejak 2013.
Moldova 
Mufti
- Alber Babaev (Mufti Moldova)
Montenegro 
Mufti
- Reif Fejzic (Mufti Besar Montenegro)
Negara Thai 
Mufti utama Negara Thai diberi gelaran Menteri Cularaja (bahasa Thai: จุฬาราชมนตรี Chularatchamontri) atau Syeikh al-Islam (Jawi: شيخ الإسلام); jawatan ini mula dikurniakan kepada Syeikh Ahmad Qumi oleh Raja Songtham semasa pemerintahan Kerajaan Ayutthaya baginda.[11][12]
Mufti
- Muhammad Jalaluddin bin Hussein (Syeikh Islam/Menteri Cularaja Negara Thai)
Oman 
Mufti
- Ahmad Al-Khalili (Mufti Besar Oman)
Pakistan 
Mufti
- Muhammad Rafi Usmani (Mufti Besar Pakistan)
Palestin 
Institusi mufti di Palestin diwujudkan pada zaman pemerintahan tentera British pada 1918 [13][14] . Mufti Besar Baitulmaqdis merupakan ilmuwan yang bertanggungjawab terhadap urusan Islam di Baitulmaqdis dan pengurusan Masjid al-Aqsa[15]. Mufti Besar Baitulmaqdis kini disandang oleh Syeikh Muhammad Ahmad Hussein sejak 2006.
Perancis 
Mufti
- Soheib Bencheikh (Mufti Besar Perancis)
Poland 
Mufti
- Tomasz Miskiewicz (Mufti Poland)
Romania 
Mufti
- Murat Iusuf (Mufti Romania)
Rusia 
Mufti
- Ravil Gainutdin (Mufti Besar Rusia)
- Rinat Rayev (Mufti Utama Daerah Persekutuan Ural)
- Ahmad Afandi Abdulaev (Mufti Republik Dagestan)
- Akhmat Shamayev (Mufti Republik Chechnya)
- Albir Krganov (Mufti Republik Chuvashia)
- Albogachiev Magomed (Mufti Republik Ingushetia)
- Berdiev Ismail (Mufti Republik Cherkessia)
- Galimzan Bikmullin (Mufti Siberia)
- Iskhakov Gusman (Mufti Republik Tatarstan)
- Nafiullah Ashirov (Mufti Bahagian Asia Rusia)
- Shafig Pshikhacv (Mufti Republik Kabardino-Balkaria
- Visam Ali Bardvil (Mufti Republik Karelia)
Bekas Mufti
Rwanda 
Mufti
- Sheikh Saleh Habimana (Ketua Mufti Rwanda)
Senegal 
Mufti
- Shaykh Hassan Ali Cisse (Mufti Besar Senegal)
Serbia 
Mufti
Singapura 
Mufti di Singapura merupakan salah satu jawatan agama yang melengkapi Majlis Ugama Islam Singapura. Jawatan ini diwujudkan sejak 1967 dan dilantik oleh Presiden Singapura selepas berbincang dengan MUIS. Sehingga kini terdapat empat orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Negara Singapura terkini ialah Dr Naziruddin Mohd Nasir yang dilantik sejak Mac 2020[16].
Slovenia 
Mufti
- Nezdad Grabus (Mufti Besar Slovenia)
Sweden 
Mufti
- Muhammad Al Ya'qoubi (Mufti Sweden)
Syria 
Mufti
Bekas Mufti
Trinidad dan Tobago 
Mufti
- Waseem Khan (Ketua Mufti Trinidad dan Tobago
Tunisia 
Mufti
- Kamal El-Din Ja'eit (Mufti Besar Tunisia)
Turki 
Mufti
- Prof. Dr. Mustafa Çağrıcı (Mufti Istanbul)
Turkmenistan 
Mufti
- Rowshen Allaberdiyev (Mufti Turkmenistan)
Uganda 
Mufti
- Shaban Ramathan Mubajie (Mufti Uganda)
Ukraine 
Mufti
- Akhmet Tamim (Mufti Ukraine)
United Kingdom 
Mufti
- Ghulam Rasool Jamaati (Mufti Terhormat Majlis Muslim United Kingdom)
Uzbekistan 
Mufti
- Usman Alimov (Mufti Besar Uzbekistan)
Bekas Mufti
- Abdurahman Bakhromov (Bekas Mufti Besar Uzbekistan)
- Muhammad Sodiq Mohammad Yusuf (Bekas Mufti Besar Uzbekistan)
Yaman 
Mufti
- Al-Habib Ali Mashhour bin Muhammad (Ketua Majlis Fatwa Tarim)
Zambia 
Mufti
- Abdullah Mwale (Mufti Besar Zambia)
Zimbabwe 
Mufti
- Abu Fawzaan Ismail ibn Musa Menk (Mufti Zimbabwe)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads