Ngeh Koo Ham
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham (lahir 29 September 1961) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Beruas. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak (2018-2020), ADUN Sitiawan (kini Astaka) selama tiga penggal (2004-2018) dan mantan EXCO Perak (2008-2009).
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Isu dan tengkarah
Pelantikan Menteri Besar Perak
Pascapilihan raya negeri 2008, beliau tersenarai sebagai salah seorang daripada 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Perak.[4] Bagaimanapun Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berkenan melantik calon PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin ke jawatan tersebut.
Penerimaan gelaran Datuk
Ngeh dikurniakan darjah kebesaran Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-80 pada 19 April 2008. Beliau dipercayai menjadi ahli DAP pertama yang menerima anugerah kebesaran daripada mana-mana sultan di Malaysia.[5]
Menyentuh isu sensitiviti agama
Pada 16 September 2012, Ngeh telah menulis dalam laman sosial Twitter, “Khairy mahu umat Islam berdemo menentang (klip video) Sam Bacile, untuk Islam atau kepentingan politik? Kenapa umat Islam membuang masa dan tenaga untuk semua ini.” [6] Kenyataan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan beberapa pihak kerana menyentuh isu yang berkait dengan agama Islam.
Remove ads
Anugerah dan pengiktirafan
Perak
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato' (2008)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

