Nicole Tan Lee Koon

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nicole Tan Lee Koon merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Aminuddin Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi Bukit Kepayang sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen gabungan PH. Beliau telah dipilih sebagai Ketua Wanita Negeri Sembilan Pakatan Harapan pada 10 Oktober 2020.

Fakta Segera Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Raja ...
Remove ads

Kerjaya politik

Nicole Tan telah memulakan penubuhan sebuah rumah transit yang dikenali sebagai Rumah Minda Ceria (RMC) untuk golongan gelandangan di Negeri Sembilan[1] serta Bank Makanan Negeri Sembilan[2] di bawah portfolionya pada 27 Jun 2018. Beliau juga memulakan program Power House Wanita Gemilang (PH GEM), iaitu satu inisiatif Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang mempunyai dana sebanyak RM1.6 juta untuk digunakan bagi program-program pemerkasaan dan pembangunan wanita[3] di negeri tersebut dalam bidang hak asasi manusia, pendidikan, kesihatan, alam sekitar dan sosioekonomi. Selain itu, beliau turut membuka Kedai Muhibah Raya (KMR),[4] iaitu sebuah pasar percuma yang memberi pakaian secara percuma kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. KMR juga merupakan cawangan kepada Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...
Remove ads

Anugerah

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads