Nik Abdullah Arshad

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Haji Nik Abdullah bin Haji Abdullah Arshad adalah ulamak dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Beliau lebih dikenali sebagai Pak Nik Lah oleh warga tempatan. Beliau merupakan antara pembangun Madrasah Al-Tarbiah Al-Mardhiah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah yang terletak di Jalan Padang Tembak, Panchor.

Fakta Segera Tuan Guru Haji, Didahului oleh ...
Remove ads

Latar belakang

Nik Abdullah merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Abdullah (Arshad) bin Tahir (1875-1942). Ayah beliau dikenali dengan gelaran Tok Ayah Kedah[1]. Nik Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Chik binti Tengku Ibrahim yang merupakan sepupu kepada pemimpin UMNO, Tengku Razaliegh Hamzah. Perkahwinan mereka dikurniakan 12 orang anak, antaranya Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan), dan Wahidah Nik Abdullah (Isteri kepada Dr Muhammad Md Daud, mantan ADUN Tendong).

Remove ads

Pilihan raya

Nik Abdullah terkenal sebagai calon PAS yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya bermula sebagai ADUN Kota Bharu Pantai 1959-1974, DUN Sering 1974-1982, malah menjadi ahli parlimen tunggal PAS (Pengkalan Chepa) di Dewan Rakyat pada 1986. Kerusi ini dipertahankan oleh beliau sehingga 1995 sebelum diganti oleh pelapisnya.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan

Nik Abdullah telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas pembentukan kerajaan campuran antara PAS dan Perikatan. Beliau telah dilantik pada akhir 1972 sehingga Pilihan raya umum Malaysia 1974.

Remove ads

Isu

Ditahan di bawah ISA

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada awal 1964 hingga 1968 atas dakwaan "menimbulkan huru hara di kalangan orang ramai"[1]. Turut ditahan ketika itu ialah Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak yang merupakan ayah kepada Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Anugerah dan pengiktirafan

Bagi mengenang jasanya, Jalan Padang Tembak di Pengkalan Chepa ditukar kepada Jalan Nik Abdullah Arshad. Perkara itu diumumkanoleh Datuk Takiyuddin Hassan selaku Exco Kerajaan Tempatan, Perlancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan pada 15 Julai 2011. Jalan ini menuju ke Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.[2]

Sebuah jambatan di Jalan Padang Tembak, Kelantan yang merentasi Sungai Peng Datu menghubungkan antara Pulau Belanga dan Panchor juga dikenali sebagai Jambatan Pak Nik Lah oleh warga tempatan.

Remove ads

Meninggal dunia

Nik Abdullah telah meninggal dunia pada 13 Januari 1996 ketika memberikan ucapan pada satu program munaqasyah PAS di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor[1].

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads