Mohd Amar Abdullah

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohd Amar Abdullah
Remove ads

Yang Berhormat Dato' Sri Amar DiRaja Mohd Amar bin Abdullah (lahir 29 Julai 1959) merupakan ahli politik dan pensyarah Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak September 2023[1] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bagi Panchor sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam tadbir Pakatan Rakyat (PR), Gagasan Sejahtera (GS) dan Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Yakob dari Mei 2013 dan dari Mac 2004 hingga Ogos 2023 masing-masing serta Ahli Parlimen (AP) bagi Pengkalan Chepa dari April 1995 hingga Mac 2004. Beliau adalah ahli dan salah seorang Naib Presiden gabungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN, dahulunya PR, GS, Barisan Alternatif (BA) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Fakta Segera Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Raja ...
Remove ads

Latar belakang keluarga

Dato' Amar merupakan anak sulung kepada Allahyarham Haji Abdullah bin Haji Arshad (dikenali sebagai Pak Nik Lah) dan Hajjah Tengku Chik binti Tengku Ibrahim. Ibu Dato' Amar ialah cicit kepada Sultan Muhammad III melalui neneknya YM Tengku Halimah binti Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III.

Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang menjaganya sejak kecil. Masyarakat setempat di Kampung Panchor lebih mesra memanggilnya Nik Amar sehingga kini. Begitu juga bapanya yang digelar Pak Nik Lah diambil daripada isteri datuknya Haji Arshad bin Muhammad Tahir bin Tera, seorang ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam binti Raja Daud yang berketurunan Raja Jembal.

Dato' Amar mempunyai 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) hasil perkahwinannya dengan Datin Hajjah Hasmani Binti Hussain. Anak sulungnya, Taqiyuddin Mohd Amar merupakan seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang MTAQ Pulai Chondong yang meninggal dunia pada Jun 2004.

Remove ads

Pendidikan

Sejak kecil, Dato' Amar dididik oleh bapanya dan tinggal bersama serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah, Panchor. Pada masa yang sama Dato' Nik Amar belajar di Sekolah Melayu Council (1965 - 1971) dan melanjutkan pelajaran ke Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.

Remove ads

Kerjaya dan politik

Sebelum aktif dalam politik, Dato' Amar pernah menjadi Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil oleh pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai DUN Panchor sehingga kini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (sejak 2023)

Pada 5 September 2023, Mohd Amar selepas meninggalkan kerajaan negeri Kelantan sebagai Timbalan Menteri Besar dan Ahli EXCO dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Sebagai Speaker, Mohd Amar mengosongkan kerusi DUN Nenggiri yang disandang dan diwakili oleh DUN PN, Mohd Azizi Abu Naim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat negeri Kelantan, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dalam pembangkang di peringkat persekutuan, yang mengisytiharkan sokongannya kepada kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Sokongan beliau adalah pertukaran kesetiaan politik kerana Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Anwar dan PN menentang politik di kedua-dua peringkat. Mohd Amar mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri pada 19 Jun 2024 yang membawa kepada Pilihan raya kecil Nenggiri 2024 selepas Mohd Azizi diberhentikan sebagai ahli BERSATU kerana pertukaran taat setia politiknya. Mohd Azizi telah mencabar keputusan Mohd Amar dengan memfailkan injunksi interim tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Anugerah

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads