Noriah Kasnon

From Wikipedia, the free encyclopedia

Noriah Kasnon
Remove ads

Tan Sri Dato' Hajah Noriah Kasnon (2 Januari 1964 – 5 Mei 2016) merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor dari UMNO.[1][2][3][4]

Fakta Segera Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Perdana Menteri ...
Remove ads

Kerjaya

Noriah telah diundi pada Parlimen di pilihan raya 2004 bagi kerusi Sungai Besar yang baru diwujudkan.[1] Sejak daripada itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di pelbagai portfolio, termasuk Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,[5] dan Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.[6] Pada Mei 2013, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sehingga kematiannya.[7]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Remove ads

Meninggal dunia

Noriah dan suaminya, Asmuni Abdullah telah terkorban dalam nahas helikopter AS 350 berdekatan dengan Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016. Mereka sedang dalam perjalanan dengan beberapa pegawai kerajaan yang lain dari Betong ke Kuching apabila helikopter tersebut hilang hubungan. Serpihan jentera telah dijumpai di Sungai Batang Lupar pada hari berikutnya. Nahas tersebut turut mengorbankan Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, wakil rakyat bagi Kuala Kangsar, Perak dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).[9][10][11] Jenazah allaryarham telah dibawa balik ke Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong, Sabak Bernam.[12][11]

Penghargaan

Pada 4 Jun 2016, sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah telah mengurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) secara anumerta kepada Allahyarhamah Noriah, yang membawa gelaran "Tan Sri".[13][14][15]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads