Parti Rakyat Sarawak

Parti politik nasional di Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Parti Rakyat Sarawak (juga boleh dikenali sebagai PRS atau Sarawak People's Party), merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan Sarawak ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk dalam Komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Fakta Segera Singkatan, Presiden ...
Remove ads

Sejarah asal Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.

Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.

Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.

Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.

Remove ads

Organisasi kepimpinan PRS (2025-2028)

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...
Remove ads

Wakil Rakyat

Ahli Dewan Negara

Maklumat lanjut Lantikan, Tempoh ...

Ahli Dewan Rakyat

PRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:

Maklumat lanjut Negeri, No. ...

Ahli Dewan Undangan Negeri

Maklumat lanjut No., Kawasan DUN ...

Pilihan raya kecil Batang Ai 2009

Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]

Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021

Parti Rakyat Sarawak (PRS) berjaya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12. PRS bertanding di bawah logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kebanyakan kemenangan diperoleh di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini membuktikan bahawa PRS kekal relevan dan mendapat sokongan ramai terutamanya dari masyarakat Dayak.

Logo Parti

PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]

Remove ads

Lihat juga

Pautan Luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads