Norman bin Abdul Halim
Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif KRU Studio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Norman bin Abdul Halim (lahir 5 Februari 1972) merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan KRU. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia pada 2010.
Remove ads
Biografi
Norman dilahirkan pada 5 Februari 1971 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.
Beliau bersama dua adik lelakinya, Yusry dan Edry menubuhkan KRU pada 1992, yang mana beliau merupakan penyanyi rap dalam kumpulan ini. Antara lagu nyanyiannya bersama KRU ialah "Cherrina", "Diari Metropolitan", "Fanatik", "Won’t Look Back" dan "C’mon Lah" yang kesemuanya menampilkan nyanyian rap beliau.
Pada 8 Julai 2009, Norman berkahwin dengan Datin Dr. Shireen M. Hashim, pasangan ini berkahwin di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Datin Dr. Shireen ialah sepupu kepada Milia Mohammad, isteri kepada adik Norman, Edry.[1]
Pada Januari 2016, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersempena dengan keputeraan baginda.[2] Beliau merupakan antara 85 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato', penerima lain termasuk penerbit Ziela Jalil dan pelakon Hans Isaac.[2] Beliau juga berhasrat untuk membangunkan industri kreatif di Pahang.[2][3]
Pada 18 April 2018, Norman mewakili anggota KRU - Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[4] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[5]
Remove ads
Diskografi
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Penghargaan
Penghargaan Malaysia
Pahang :
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2016)[6][7]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads