Orang Cam
Kumpulan etnik Austronesia di Asia Tenggara From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Orang Cam (Bahasa Cam: ꨂꨣꩃ ꨌꩌꨚ Urang Campa, Bahasa Khmer: ជនជាតិចាម Chônchéatĕ Cham, Bahasa Vietnam: người Chăm) adalah kelompok etnik Austronesia di Asia Tenggara. Suku Cam adalah saki-baki dari Kerajaan Campa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka bertutur bahasa Cam, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga bahasa Austronesia.
Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cam negara Kemboja dan di bahagian tengah serta selatan negara Vietnam terutamanya di kawasan Phan Rang-Thap Cam, Phan Thiết, Bandaraya Ho Chi Minh dan An Giang. Orang Cam membentuk komuniti orang Islam di Kemboja dan Vietnam.[7]
Remove ads
Diaspora
Thailand
Kira-kira 4,000 orang Cam juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka turut berhijrah ke ibu negaranya, Bangkok iaitu pada masa pemerintahan Raja Rama I dan juga wilayah Selatan Thai seperti Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla untuk berkerja, menuntut ilmu dan menetap sebagai rakyat Thailand berketurunan etnik minoriti Melayu Thai, di mana golongan yang mendapat kerakyatan negara itu dianggap sebagai sub-suku bangsa minoriti tersebut.[8]
Malaysia
Pelarian berbangsa Cam berhijrah mendarat di Pantai Timur tahun 1970-an semasa pergolakan rejim Khmer Rouge dan kemudiannya perang sesama Kemboja dan Vietnam meminta suaka atas persamaan anutan agama; mereka diterima masuk kerajaan sana malah diasimilasikan ke dalam kelompok "Melayu" layak mendapatkan keistimewaan Bumiputera. Mereka adakala mengenalkan diri sebagai "orang Kemboja"[9] atau "Melayu Champa".[10]
Masyarakat Cam yang bermukim di Malaysia banyak tertumpu di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai pedagang kayu gaharu dan pakaian serta peternak ikan.[10]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads