Kongres India Malaysia
parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kongres India Malaysia (MIC; bahasa Inggeris: Malaysian Indian Congress, Tamil: மலேசிய இந்திய காங்கிரஸ்) ialah sebuah parti politik berasaskan komuniti India di Malaysia yang berhaluan kanan dan bersifat payung besar. Ditubuhkan pada tahun 1946, MIC merupakan antara parti politik tertua di negara ini dan telah menjadi parti komponen utama dalam gabungan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN). MIC mewakili kepentingan masyarakat India Malaysia, khususnya dari kalangan etnik Tamil.
MIC dipimpin oleh bekas Presiden Dewan Negara dan ahli politik veteran, Tan Sri S. A. Vigneswaran. Walaupun pengaruhnya telah berkurangan dalam dekad kebelakangan ini, MIC kekal sebagai satu-satunya parti politik utama yang mendukung kepentingan komuniti India dalam politik arus perdana Malaysia.
MIC memainkan peranan penting dalam pemerintahan Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957 sehingga kejatuhan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018. Selepas itu, MIC terus menyertai gabungan BN dalam pelbagai kerjasama politik, termasuk kerajaan campuran selepas PRU15.
Remove ads
Sejarah
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh john A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan. MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. MIC pada asalnya menyokong perjuangan kemerdekaan India daripada British. Selepas India mencapai kemerdekaan, MIC mengubah haluannya untuk memperjuangkan hak-hak sosial, ekonomi dan politik masyarakat India di Tanah Melayu. MIC menyertai Perikatan pada tahun 1955 di bawah pimpinan Tun V. T. Sambanthan bersama UMNO dan MCA.
MIC menyertai semua pilihan raya sejak merdeka sebagai sebahagian daripada Perikatan dan kemudian Barisan Nasional. MIC pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti India melalui penubuhan badan pendidikan seperti MIED dan institusi seperti Universiti AIMST.
MIC mencapai zaman kegemilangannya semasa kepimpinan Tun S. Samy Vellu yang menjadi presiden dari tahun 1979 hingga 2010, menjadikan beliau presiden parti paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia moden. Di bawah beliau, MIC memenangi kerusi Parlimen dan memegang beberapa kementerian utama, termasuk Kementerian Kerja Raya.
Selepas prestasi buruk dalam PRU 2008 dan PRU 2013, MIC menyaksikan kemerosotan pengaruh dan kehilangan banyak kerusi. Dalam PRU14 (2018), BN buat pertama kalinya kehilangan kuasa, dan MIC gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen secara langsung. MIC pernah menjadi parti penaja kepada Perikatan Nasional pada tahun 2020, namun menarik diri setelah UMNO mengumumkan tidak pernah berminat untuk menjadi parti penaja Perikatan Nasional, sebaliknya tetap kukuh bersama Barisan Nasional.[1]
Walau bagaimanapun, parti itu kembali ke Parlimen melalui pelantikan dan kerjasama politik dalam kerajaan campuran pasca PRU15.
Remove ads
Kedudukan Politik
MIC sebelum ini dikenali sebagai sebuah parti sayap kanan dalam Barisan Nasional, memperjuangkan nilai konservatif, perpaduan kaum dan kestabilan politik. Namun selepas 2018, MIC mengadaptasi pendekatan Khemah besar dengan membuka ruang kerjasama lebih luas dan memperjuangkan isu-isu kontemporari seperti pendidikan, ekonomi belia India dan kesejahteraan masyarakat bandar.
Ideologi
MIC ditubuhkan dengan tujuan utama mewakili dan memperjuangkan hak serta kebajikan masyarakat India di Malaysia, terutamanya komuniti Tamil. Parti ini menganut pelbagai ideologi yang mencerminkan peranan sejarahnya sebagai parti etnik dan perubahannya dalam landskap politik moden:
- Komunalisme India: MIC merupakan sebuah parti politik berasaskan etnik yang memperjuangkan hak-hak pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat India Malaysia. Isu berkaitan sekolah Tamil, kuil Hindu, dan hak minoriti merupakan keutamaan utama.
- Konservatisme sosial: Parti ini secara tradisional menyokong nilai kekeluargaan, budaya tradisional dan moraliti, selaras dengan pandangan sosial konservatif dalam kalangan penyokongnya.
- Kebajikan dan pembangunan komuniti: MIC menubuhkan pelbagai badan untuk menyokong pembangunan masyarakat India termasuk Maju Institute of Educational Development (MIED), Universiti AIMST, dan Yayasan Strategik Sosial (YSS), yang menyediakan biasiswa, pinjaman, dan latihan kemahiran.
- Multikulturalisme: Sebagai parti komponen Barisan Nasional, MIC menyokong kerjasama antara kaum dan mengekalkan perpaduan nasional dalam kerangka multikulturalisme Malaysia.
- Pragmatisme politik / Payung Besar: Selepas 2018, MIC semakin mengadaptasi pendekatan payung besar (big tent) yang lebih terbuka dan pragmatik, terlibat dalam kerjasama rentas parti dalam kerajaan campuran sambil mengekalkan identiti etniknya.
Kepimpinan
Presiden MIC
Presiden Kongres India Malaya (1946–1963)
Presiden Kongres India Malaysia (1963–sekarang)
Barisan kepimpinan
- Presiden: Tan Sri Dato' Sri SA Vigneswaran Sanasee
- Timbalan Presiden: Datuk Seri M. Saravanan
- Naib Presiden;
1.Senator Datuk Mohan Thangarasu
2.Dato' T. Murugiah
3.Datuk M. Asojan
4.Senator Dato' Sri S.Vell Paari
5.Dato' Kohilan Pillay
- Setiausaha Agung: Tuan R. T. Rajasekaran
- Bendahari Agung: Tan Sri Ramasamy
- Ketua Penerangan: Tuan R. Thinalan
- Setiausaha Penganjur Kebangsaan: Dato' N.Maneanay @ Muneandy
- Setiausaha Eksekutif: Tuan T. Kumaressan
- Ketua Pemuda: YB Raveen Kumar
- Timbalan Ketua Pemuda: Tuan Andrew David
- Ketua Wanita: Dato' Mohana Munaiandy
- Timbalan Ketua Wanita: Puan Vickneswary Babuji
- Ketua Putera: Dr. A. Kishva
- Timbalan Ketua Putera: Dr Shatesh Kumar
- Ketua Puteri: Cik R. Puvaneswary
- Timbalan Ketua Puteri: Cik S. Teeba
43 lantikan ahli jawatankuasa pusat:
- Encik M. Veeran
- Dato' K. Subramaniam
- Encik D. Tharma Kumaran
- Encik K. Balasundaram
- Datuk P. Kamalanathan
- Encik K. Parthiban
- Encik D. Vincent
- Encik S. Tamilvanan
- Encik S. Suppayah
- Encik M. Mathuraiveran
- Dato' S. Marathamuthu
- Dr. T. Novalan
- Encik G. Sivah
- Datuk M. Karuppanan
- Encik K. Sathasivam
- Datuk R. Supramaniam
- Encik R. Rajandran
- Encik G. Raman
- Encik M. Rajandran
- Dato' Dr. S. Ananthan
- Encik V. Arumugam
- Encik J. Dhinagaran
- Datuk S. Rajah
- Dato' V. Elango
- YB Tuan R. Vidyananthan
- Dato' L. Manickam
- Dr. A. Mangleswaran
- Encik S. Renugopal
- YB Tuan V. P. Shanmugam
- Encik Peer Mohamad Bin Kadir
- Dato' C. Sivaraajh
- Datuk K. Ramalingam
- Encik S. Murugavelu
- Datuk A. Sakthivel
- Datuk N. Sivakumar
- Encik Siva Subramaniam
- Encik R. Balasubramaniam
- Puan A. Krishnaveny
- Puan R. Inbavally
- Encik K. Arvind
- Encik K. Kesavan
- YB Puan N. Saraswati
- YB Senator Dato' Dr R. Nelson
- pengerusi negeri;
- z8z8z8z88
Sumber:[3]
Dewan Negara (Senat)
Senator
- Mohan a/l Thangarasu, Datuk - dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
- Vell Paari a/l Samy Vellu, Dato' Sri - dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
- Nelson a/l Renganathan, Dato' Dr - dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Remove ads
Wakil Rakyat
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Lihat juga
Nota
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kongres India Malaysia |
- Goh, Cheng Teik (1994). Malaysia: Beyond Communal Politics. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-475-4.
- Pillai, M.G.G. (3 November 2005). "National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence" Diarkibkan 2007-06-16 di Wayback Machine. Malaysia Today.
- The Star (2 Ogos 2006): "Education a Key MIC Thrust"; M. Krishnamoorthy
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
