Papparaidu Veraman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Papparaidu a/l Veraman (lahir 31 Mac 1975) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Banting sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau juga berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Negeri DAP Selangor sejak November 2021. Beliau kini merupakan satu-satunya Ahli EXCO Selangor daripada kaum India Malaysia dan adik kepada Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Klang, Ganabatirau Veraman.
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (sejak 2023)
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, gabungan pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan kembali membentuk kerajaan. Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari daripada PH telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor. Papparaidu telah dilantik sebagai Ahli EXCO Selangor dan diberikan portfolio Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti serta Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) oleh Menteri Besar Amirudin masing-masing pada 21 dan 23 Ogos 2023.[1][2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Papparaidu membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Banting. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Banting untuk penggal pertama selepas menewaskan Saravanan Mutto Krishnan daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas Ang Wei Yang dengan majoriti sebanyak 22,102 undi.[3]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Nota
- Diandaikan portfolio pada 23 Ogos 2023.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads