Pecal

Makanan tradisi kaum Jawa yang berasal daripada pulau Jawa From Wikipedia, the free encyclopedia

Pecal
Remove ads

Pecal ialah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang, biasanya disajikan dengan nasi kukus atau kadang-kadang dengan lontong atau ketupat.[1][2] Sos kacang yang digunakan dalam pecal juga serupa dengan gado-gado. Sos kacang untuk pecal tidak mempunyai santan.[1] Namun pecal telah dikaitkan dengan masakan Jawa, sementara gado-gado biasanya dikaitkan dengan masakan Betawi dan Sunda. Di Indonesia, ia dipanggil sebagai pecel,[3] seperti yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa. Pecal juga sangat popular di Suriname, di mana ia diperkenalkan oleh orang Jawa Suriname.

Fakta Segera Nama alternatif, Jenis ...
Remove ads

Bahan

Pecal terdiri daripada kangkung, bayam, tauge, kacang panjang, timun, daun ubi kayu dan daun kemangi yang direbus atau dicelur, dicurahkan dengan kuah kacang, yang dibuat daripada kacang goreng yang dikisar dan dicampur dengan air, garam, gula melaka, jus asam jawa, cili, lengkuas, daun limau purut, kencur dan bawang putih. Hidangan tambahan boleh ditambah ke dalam hidangan pecel, seperti tempe dan tauhu goreng, bergedel kentang, bakwan jagung dan rempeyek atau keropok.

Remove ads

Variasi

Sayur-sayuran yang digunakan dalam pecal mungkin berbeza-beza, dan resipi kuah kacang mungkin sedikit berbeza di kalangan rantau di Jawa. Asal-usul pecal berasal dari kota Madiun atau Ponorogo di Jawa Timur, Indonesia, kerana ia memiliki jenis pecal yang paling terkenal, dan juga kerana sate Ponorogo menggunakan sejenis kuah kacang yang biasa digunakan dalam pecal. Walau bagaimanapun, pecal boleh didapati di kebanyakan kampung dan bandar raya berpenduduk Jawa. Pecal boleh dibuat di rumah, atau dihidangkan di restoran Jawa, warung atau penjaja jalanan yang berjalan dari rumah ke rumah dengan raga buluh yang berisi bahan-bahannya.

Di Malaysia, hidangan pecal masih terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Ia boleh didapati di pasar-pasar jaja seperti di Bagan Datoh, Perak.

Thumb
Pecal Solo, disaji di sebuah restoran di Solo, Jawa Tengah
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads