Projek: Anchor SPM
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Projek: Anchor SPM ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf.[1][2] Dibintangi oleh Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Chubb-E dan Shasha Abedul, ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Siri ini memulakan tayangan perdana sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals di Astro Citra bermula 15 Mac 2021 sehingga 3 Mei 2021.[3][4][5]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, Pahang yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, ialah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Pelakon
- Daiyan Trisha sebagai Aaidaa[1][6]
- Aedy Ashraf sebagai Aizat[1]
- Shasha Abedul sebagai Jaja[1]
- Nadhir Nasar sebagai Hilmi[1]
- Chubb-E sebagai Botol[1]
- Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang[1][7]
- Tony Eusoff sebagai Zubir[1]
- Daniella Sya sebagai Tai Ying[1]
- Susan Lankester sebagai Puan Rokiah[1]
- Fadhli Masoot sebagai Zaim[1]
- Taufiq Izmir sebagai Cheng[1]
- Aida Khalida sebagai Ibu[1]
- Hasnul Rahmat sebagai Khairuddin[1]
Episod
Penerbitan
Projek: Anchor SPM diarahkan bersama oleh Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf dengan skrip dan pra-produksi yang telah mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.[2]
Kontroversi
Projek: Anchor SPM menjadi subjek kontroversi apabila ia dikatakan meniru filem Thailand, Bad Genius.[8][9] Pengarah dan penulis skripnya, Anwari Ashraf menafikan dakwaan memplagiat filem itu, sebaliknya dua naskhah berkenaan sangat berbeza.[10][11] Razaisyam Rashid pula menegaskan isu pelajar meniru ketika peperiksaan sememangnya berlaku di seluruh negara.[12]
Runut bunyi
- "Beban Dunia" - Ceritera
- "Beban Dunia" - Daiyan Trisha
- "Bintang" - Chubb-E & Shasha Abedul
- "Sentiasa" - Firdaus Rahmat
- "Biru Malam" - Chubb-E & Amir Masdi
- "Kita Manusia" - Daiyan Trisha
- "Tempias" - Yong An Ting
Anugerah
Susulan
Ditanya mengenai sambutan peminat terhadap Projek: Anchor SPM, pengarahnya, Razaisyam Rashid berkata: "Kalau ada rezeki, Astro bagi ruang. Tuhan pun beri lampu hijau, kita teruskan". Razaisyam berkata, secara jujur, beliau meletakkan sepenuhnya pada rezeki.[15][16] Pada Januari 2023, drama ikutan telah mula bersiaran– Projek: High Council, arahan Anwari Ashraf dengan Zulaikha Zakaria, berlatarkan kisah geng sekolah di sekolah berasrama penuh.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads