RTHK
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Radio Television Hong Kong (RTHK) ialah sebuah pertubuhan penyiaran awam di Hong Kong yang beroperasi sebagai jabatan kerajaan yang bebas di bawah Pihak Berkuasa Penyiaran. RTHK mengendali tujuh buah saluran radio, dan menerbitkan rancangan televisyen untuk disiarkan oleh stesen televisyen tempatan di Hong Kong. Walaupun dibiayai kerajaan, RTHK disifatkan "lantang mengkritik kerajaan".[2] RTHK menerbitkan dan menyiarkan rancangan-rancangan berbentuk pendidikan, hiburan dan hal-ehwal awam.
Remove ads
Saluran radio
Remove ads
Rancangan televisyen
RTHK menerbitkan rancangan televisyen hal-ehwal am untuk disiarkan oleh tiga buah penyiar swasta Hong Kong, iaitu TVB, ATV dan Cable TV. Antara rancangan-rancangannya termasuk Hong Kong Connection (鏗鏘集), A Week in Politics (議事論事), Media Watch (傳媒春秋) dan Police Report (警訊).
RTHK juga menerbitkan drama TV, termasuk sekali Below the Lion Rock (獅子山下) yang tersohor. Sungguhpun demikian, RTHK tidak memiliki saluran televisyen sendiri.
Remove ads
ETV
RTHK bersama Biro Pendidikan Hong Kong menerbitkan Educational Television (ETV, 教育電視), iaitu sesiri rancangan pendidikan untuk tatapan pelajar sekolah rendah dan menengah, bersiaran pada waktu-waktu bukan perdana di stesen-stesen RTHK. ETV julung kalinya bersiaran pada tahun 1971 untuk pelajar Tahun 3 dan dilanjutkan ke pelajar Tahun 6 pada tahun 1974. Pada tahun 1978, ETV diluaskan lagi untuk meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 3. RTHK pernah menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan ini di stesen-stesennya pada waktu siang bukan kemuncak, tetapi kini menyalurkannya melalui Internet sahaja.
Rancangan-rancangan yang meliputi matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik dan Putonghua disediakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala matapelajaran Sains dan Kemanusiaan hanya untuk pelajar sekolah menengah sementara rancangan Kajian Am direka untuk pelajar sekolah rendah sahaja primary students only.
Ramai yang telah mengelirukan ETV dan bahagian ETV di RTHK. Selain rancangan sekolah ETV, bahagian ETV di RTHK banyak menerbitkan rancangan TV pendidikan umum untuk tontonan awam, seperti The Road Back (鐵窗邊緣), Anti-Drug Special (毒海浮生), Sex Education (性本善), Doctor and You (醫生與你).
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads