TVB

stesen penyiaran terlaris di Hong Kong, China From Wikipedia, the free encyclopedia

TVB
Remove ads

Television Broadcasts Limited (SEHK: 0511, Templat:OTCBB), dikenali ramai sebagai TVB, ialah stesen televisyen komersial ke udara percuma yang terulung di Hong Kong. Sejak memulakan penyiaran pada 19 November 1967,[1] TVB ialah satu daripada dua buah penyiar TV percuma di wilayah bekas jajahan British ini, di samping musuh ketatnya iaitu ViuTV.[2]

Fakta Segera Tulisan Cina Tradisional, Tulisan Cina Ringkas ...
Fakta Segera Jenis/bentuk sah, ISIN ...
Remove ads

Am

TVB merupakan penyiar televisyen percuma (FTA) yang pertama di Hong Kong. Ketika memulakan penyiaran dahulu, TVB sering dipanggil "Televisyen Tanpa Talian" (Cina: 無綫電視) agar dibezakan dari satu-satunya penyiar televisyen kabel ketika itu, iaitu Rediffusion Television. Meskipun kini terdapat lebih daripada satu TV 'tanpa dawai' (yang satu lagi ialah aTV, pewaris Rediffusion Television), TVB masih dikenali sebagai "Televisyen Tanpa Dawai".

TVB merupakan penerbit rancangan bahasa Cina komersial yang terbesar, dilengkapi kakitangan sebanyak lebih kurang 4,500 orang, termasuk kira-kira 500 artis kontrak serta kakitangan di anak syarikat luar negeri. Pengerusi syarikat masa kini ialah Sir Run Run Shaw.[2]

TVB memiliki dua saluran percuma analog di Hong Kong, iaitu TVB Jade (tertumpu pada bahan berbahasa Kantonis) dan TVB Pearl (tertumpu pada bahan berbahasa Inggeris dan asing). TVB Jade menikmati bahagian pasaran penonton terbesar di Hong Kong. TVB turut melancarkan perkhidmatan televisyen terestrial digitalnya secara beransur-ansur, termasuk saluran definisi tinggi 24 jam iaitu HD Jade dan 2 saluran definisi biasa (J2 dan Interactive Information Channel)[3][4] TVB menerima guna H.264/MPEG-4 AVC sebagai kodek bagi semua saluran baru (Saluran siaran serentak turut dikodkan dalam format MPEG-2).[5] Selain itu, TVB menyediakan 12 saluran TV berbayar melalui syarikat sekutunya, TVB Pay Vision Limited.

TVB turut mencapai masyarakat Cina seberang laut melalui pengedaran bahan-bahan terbitannya ke tempat-tempat seperti Tanah Besar China, Taiwan, Macau, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Malaysia, dan Singapura, melalui pelbagai saluran percuma mahupun berbayar, misalnya Astro Wah Lai Toi di Malaysia.[6] Di Taiwan, TVB beroperasi melalui anak syarikatnya TVBS.

Siri-siri dramanya disambut hangat di peringkat antarabangsa, dan kebanyakan bintang filem dan pop Hong Kong melancarkan kerjaya mereka di TVB. Acara-acara khas TVB seperti Sambutan Ulang Tahun TVB tahunan dipancarkan ke seluruh bumi. TVB juga mengadakan rancangan pencarian bakat seperti peraduan ratu cantik Miss Hong Kong dan Miss Chinese International. Peserta yang berjaya berpeluang ditawarkan kontrak TVB dan mewakili Hong Kong untuk menyertai peraduan ratu cantik peringkat antarabangsa, termasuklah Miss World.

Thumb
Pusat Penyiaran TVB City
Remove ads

Pengurusan

  • Sir Run Run Shaw (邵逸夫) – G.B.M. (Pengerusi Eksekutif)
  • Mona Fong (方逸華) – (Timbalan Pengerusi dan Pemangku Pengarah Pengurusan)
  • Stephen Chan Chi Wan (陳志雲) – (Pengurus Besar)
  • Virginia Lok (樂易玲) – (Pegawai Eksekutif Pengurusan Artis)

Saluran

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads