Rafly Rahamat

penyampai radio Malaysia (1986-2018) From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohd Rafly Rahamat[1] (16 Ogos 1986[2] – 19 Mei 2018) merupakan seorang penyampai radio Malaysia. Beliau merupakan bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM. Beliau telah meninggal dunia pada Mei 2018 ketika umat Islam berpuasa, selepas beberapa bulan menghidap suatu penyakit yang tidak diketahui.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal

Mohd Rafly bin Rahamat dilahirkan pada 16 Ogos 1986 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Bapanya, Rahamat Sidek (lahir 1964) ialah orang Terengganu dan ibunya, Zaleha Pilus (lahir 1965) berasal dari Pahang. Beliau berasal dari Felda Bukit Kuantan, Pahang. Beliau merupakan seorang yang bujang.[3]

Kerjaya

Sebelum menjadi penyampai radio, beliau merupakan seorang kakitangan pentadbiran dan pusat panggilan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.[2]

Sekitar penghujung 2011, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya agar menguji bakat di Pencarian Penyampai Radio Hot FM Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) yang diadakan di Sri Pentas, Kuala Lumpur. Tiga hari selepas uji bakat tersebut, beliau telah menerima panggilan daripada pihak Hot FM yang menyatakan bahawa beliau telah terpilih menjadi salah seorang penyampai radio di Hot FM Kuala Terengganu. Di Hot FM, beliau ke udara dari pukul 4 petang sehingga pukul 8 malam bermula hari Isnin hingga Jumaat dalam sebuah segmen yang dikenali sebagai "Bereh Boh!" pada frekuensi 105.1 FM.[2][4]

Beliau memulakan kerjaya beliau di Hot FM pada 2 Januari 2012[4][5][6] sehingga Disember 2015.[7] Kemudian, beliau telah berpindah untuk bekerja di Manis FM bermula Mac 2016 sehingga April 2017.[7][8]

Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam sebuah filem pendek bertajuk Cikgu Haikal sebagai watak tajuk.[9]

Remove ads

Sakit dan kematian

Pada Oktober 2017, iaitu enam bulan setelah beliau menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Manis FM, beliau telah ditimpa suatu penyakit yang tidak diketahui. Keadaannya bertambah buruk pada Februari 2018.[10] Pada April 2018, beliau telah dimasukkan ke dalam Hospital Tengku Ampuan Afzan yang terletak di Kuantan, Pahang[11] akibat penyakit tersebut. Beliau dikatakan telah disantau oleh orang yang iri hati dengannya atau terkena buatan orang. Penyakit tersebut telah membuatnya hilang selera makan. Dikatakan bahawa barangan tajam seperti kaca, paku dan pisau pencukur pernah keluar dari mulut beliau ketika menjalani rawatan tradisional.[7] Beliau kemudiannya telah dibawa keluar ke rumahnya di mana kesihatan beliau semakin teruk.[12]

Pada 19 Mei 2018 jam 7:10 malam, beliau meninggal dunia di kediaman keluarganya di Kuantan.[11][13] Hot FM telah mengucapkan takziah atas kematian beliau kepada keluarga beliau menerusi akaun Instagram rasmi stesen radio tersebut.[14][15] Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Kuantan, Kuantan, pada pagi 20 Mei 2018 sebelum solat Zuhur.[7] Antara yang terkesan dengan kematian beliau ialah penyanyi Bienda yang menganggapnya sebagai adik sendiri.[16]

Pada 23 Mei, ibu bapa beliau menerima pencen bulanan sepanjang hayat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana beliau telah bekerja dan membuat caruman. Sebanyak RM 2,000 diberikan kepada ibu bapa beliau sebagai faedah pengurusan jenazah beliau.[17][18]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads