Republik Kesatuan Soviet
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Republik Kesatuan Soviet atau Republik Kesatuan (Rusia: союзные республики, soyuznye respubliki) adalah sebuah unit pentadbiran berasaskan bangsa yang bersubordinat secara terus oleh kerajaan Kesatuan Soviet. Menurut sejarah, kesatuan ini adalah negara yang sangat berpusat (highly centralised) dan munculnya reformasi pemencaran dan pendemokrasian pada era Perestroika dan Glasnost serta akhirnya membawa kepada pembubaran bagi kesatuan tersebut.
Remove ads
Maklumat ringkas kawasan Republik Kesatuan
Pada 10 tahun terakhir sebelum pembubaran Kesatuan Soviet, Kesatuan ini terdiri daripada 15 buah republik yang dipanggil republik Soviet. Republik tersebut memainkan peranan penting dalam pembubaran Kesatuan Soviet.[[[Wikipedia:Penjelasan|penjelasan diperlukan]]] Di bawah pemerintahan Mikhail Gorbachev, dasar Glasnost dan Perestroika diperkenalkan bagi memulihkan kuasa kesatuan itu. Walau bagaimanapun, dasar tersebut memberi kesan yang besar dan menyebabkan kuasa setiap republik semakin meningkat. Kesan yang pertama iaitu liberalisasi politik membenarkan kerajaan dalam republik untuk mendapatkan kesahihan dengan menyeru demokrasi, nasionalisme atau gabungan kedua-duanya. Selain itu, liberalisasi juga membawa kepada keretakan dalam hierarki parti yang mengurangkan kawalan Soviet ke atas republik. Akhirnya, pengenalan dasar perestroika membolehkan kerajaan republik itu untuk mengawal aset ekonomi di republik mereka dan menahan dana daripada kerajaan pusat.
Sepanjang tahun 1980-an, kerajaan Soviet cuba untuk mencari struktur baharu yang akan mencerminkan kuasa yang meningkat dalam kalangan negara republik itu. Namun, usaha tersebut terbukti tidak berjaya dan akhirnya pada 1991 Kesatuan Soviet runtuh. Kesemua republik itu telah mendapat kemerdekaan.
Pengilhakan republik Baltik pada tahun 1940 dan dianggap sebagai pendudukan yang menyalahi undang-undang dimana tidak pernah diiktiraf oleh beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat dan organisasi antarabangsa Eropah seperti Kesatuan Eropah.[1][2][3] Kesatuan Soviet diiktiraf secara rasmi berpisah pada 6 September 1991 sebelum pembubaran akhir.
Remove ads
Lihat juga
- Parlimen Eropah
- Republik autonomi Kesatuan Soviet
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads