Rusnah Aluai

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Prof. Madya Rusnah Aluai (lahir 20 Februari 1962) adalah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Tangga Batu dari PH-PKR. Kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau sebelum ini merupakan ahli akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Undang-Undang dengan jawatan terakhir sebagai Profesor Madya.

Fakta Segera Prof. Madya, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...

Beliau menang pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) menewaskan calon dari parti BN-UMNO Datuk Zali Mat Yasin dengan undian majoriti 4,659 .

Remove ads

Peribadi

Beliau dilahirkan pada tahun 1962 (62 tahun). Rusnah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.M) dari London's School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Merupakan bekas pensyarah Undang-Undang selama 26 tahun di Universiti Teknologi MARA dan memegang jawatan sebagai Profesor Madya dari tahun 2001.

Politik

Beliau sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Rembia di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) namun tewas kepada calon BN-UMNO.

Selain daripada memenangi kerusi parlimen Tangga Batu pada tahun 2018, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah serta Pengarah Undang-Undang Pakatan Harapan Melaka sehingga tahun 2018. Rusnah juga pernah memegang jawatan Ketua Wanita KEADILAN Melaka dari tahun Ogos 2013 hingga April 2014.

Remove ads

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri Melaka

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads