Lim Ban Hong

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lim Ban Hong
Remove ads

Lim Ban Hong (Cina ringkas: 林万锋; Cina tradisional: 林萬鋒; Pe̍h-ōe-jī: Lîm Bān-hong; lahir 22 Mac 1977) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Kelebang dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan sekali lagi sejak November 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Azmin Ali dari Ogos 2021 hingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022 serta penggal pertama dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Azmin dari Mac 2020 hingga kejatuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021, sebagai Senator dari Mac 2020 hingga peletakan jawatannya pada November 2022 serta sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri BN di bawah bekas Ketua Menteri Idris Haron dari Julai 2014 hingga kejatuhan pentadbiran negeri BN pada Mei 2018. Beliau ialah seorang ahli dan Pengerusi Negeri Melaka bagi Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MCA sejak November 2018.[1]

Fakta Segera Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Raja ...
Remove ads

Politik

Lim pertama kali memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri 2013 untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Kelebang dari Mei 2013 hingga Mei 2018.[2] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) yang memegang portfolio Jawatankuasa Eksekutif Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa negeri.[3]

Namun begitu, beliau tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Gue Teck, dan gagal mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN bagi Kelebang dalam pilihan raya negeri 2018 yang turut menyaksikan kejatuhan pentadbiran BN dalam pilihan raya umum 2018 (PRU14) yang berlangsung serentak.[4] Selepas keputusan PRU14, dalam pemilihan kepimpinan parti 2018 pada bulan November, Lim telah dipilih sebagai Naib Presiden MCA dalam barisan kepimpinan baharu.[5]

Berikutan kejatuhan kerajaan PH dalam krisis politik Malaysia 2020 yang juga digelar 'Langkah Sheraton', yang membawa kepada pelantikan Perdana Menteri baharu Muhyiddin Yassin serta pembentukan pentadbiran PN pada Mac tahun yang sama, sebagai rakan sekutu BN-MCA, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Senator oleh Muhyiddin untuk membolehkan beliau dilantik sebagai timbalan menteri. Beliau telah mengangkat sumpah dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.[6][7]

Pada pilihan raya negeri 2021 pada bulan November, beliau berjaya dipilih semula selepas merampas kembali kerusi Kelebang dengan menewaskan penyandang, Gue Teck.[8][9]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...
Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...
Remove ads

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads