Satiful Bahari Mamat
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Satiful Bahari bin Mamat (Jawi: ساتف البحري بن مامت; lahir 28 Oktober 1967) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar sejak Mei 2018 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) untuk Paka dari Disember 1999 hingga Mac 2004 dan sekali lagi sejak Mei 2013. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN.
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (1999–2004 & sejak 2013)
Pada pilihan raya negeri Terengganu 1999, Satiful membuat penampilan pertamanya sebagai pilihan raya selepas dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi DUN Paka. Beliau memenangi kerusi itu dan dipilih ke Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai ADUN Paka untuk penggal pertama selepas menewaskan calon bertahan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,686 undi.
Dalam pilihan raya negeri Terengganu 2004, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk mempertahankan kerusi tersebut. Beliau tewas di kerusi itu selepas tewas kepada Mohd Ariffin Abdullah daripada BN dengan minoriti 1,444 undi.
Pada pilihan raya negeri Terengganu 2008, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk bertanding di kerusi Paka. Beliau sekali lagi tewas kepada Mohd Ariffin daripada BN dengan minoriti 344 undi.
Pada pilihan raya negeri Terengganu 2013, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk bertanding di kerusi Paka. Beliau memenangi semula kerusi itu dan dipilih sebagai ADUN Paka untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dengan majoriti 1,287 undi.
Pada pilihan raya negeri Terengganu 2018, Satiful telah dicalonkan semula oleh PAS untuk mempertahankan kerusi Paka. Beliau mempertahankan kerusi itu dan dipilih sebagai ADUN Paka untuk penggal ketiga selepas menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 3,405 undi.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (sejak 2018)
Pada 10 Mei 2018 selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN pada pilihan raya negeri 2018, Satiful telah dilantik sebagai Ahli EXCO Terengganu yang bertanggungjawab terhadap Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi oleh Menteri Besar, Ahmad Samsuri.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah dan penghargaan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads