Selene
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Selene (Bahasa Yunani Kuno: Σελήνη Selene, bermaksud "Bulan")[2] ialah dewi bulan dalam mitologi Yunani. Juga dipanggil Mene, dia anak kepada dua orang Titan, Hyperion dan Theia. Dia saudari Helios, dewa matahari, dan Eos, dewi fajar. Dia sering digambarkan membawa kereta kudanya di langit malam, ditarik oleh beberapa ekor kuda bersayap. Ramai dewi lain, seperti Artemis dan Hecate, dikaitkan dengan bulan tetapi hanya Selene seorang yang dijadikan personifikasi bulan semata-mata. Dalam mitologi Rom, dia setara dengan Luna.
Remove ads
Etimologi dan asal usul
Nama

Nama "Selene" datang daripada kata nama Yunani selas (σέλας), bermaksud "cahaya, kecerahan, kilauan".[4] Dalam dialek Doria, nama dia juga dieja Σελάνα (Selána), dan di Aeolia Σελάννα (Selánna).[5]
Selene juga dipanggil Mene.[6] Perkataan Yunani mene, bermakna bulan, dan bulan qamariah.[7] Bentuk maskulin mene (men) juga nama dewa bulan orang Phrygia, Men.[8] Kedua-dua Mene dan Men datang daripada bahasa Helenik Purba *méns ("bulan dalam kiraan waktu"), yang datang daripada Indo-Eropah Purba *mḗh₁n̥s (bermaksud bulan, bulan qamariah), yang mungkin berasal daripada akar *meh₁- ("ukur"), dan kognat dengan perkataan Inggeris "Moon" dan "month".[9] Ahli falsafah Stoikisme Yunani Chrysippus memahamkan Selene sebagai sisi perempuan dan Men sebagai sisi lelaki dewa yang sama.[10]
Meskipun tiada bukti untuk Selene (atau bentuknya yang lebih purba) pernah ditemui, dalam bahasa Yunani Mykenai perkataan bulan 'men' telah ditemui dalam Linear B dieja 𐀕𐀜 (me-no, daripada bentuk genitif μηνός, mēnós).[11]
Sama seperti Helios, kerana dikaitkan dengan Apollo, dipanggil Phoebus ("terang"), Selene, kerana dikaitkan dengan Artemis, turut dipanggil Phoebe (bentuk feminin).[12] Serta daripada Artemis, Selene kadangkala dipanggil "Cynthia", maksudnya "yang dari Gunung Cynthus" (tempat lahir Artemis).[13]
Asal usul
Selene, bersama adik-beradiknya dan dewa langit Zeus, merupakan salah satu daripada segelintir dewa Yunani yang jelas berasal daripada Indo-Eropah Purba, namun dikesampingkan oleh dewa-dewa baru yang bukan Indo-Eropah Purba. Mereka menjadi dewa-dewa kecil yang membantu dewa-dewa besar, dan mengekalkan agama mereka terus bersifat Yunani.[14]
Dewa bulan IEP asal telah direkonstruksikan menjadi *Meh₁not (yang darinya 'Mene', nama samaran Selene diperoleh),[15] dan nampaknya adalah seorang dewa lelaki.[16] Namun ia diturunkan ke dalam budaya Yunani sebagai perempuan, mencerminkan pandangan dunia orang Yunani kuno dalam bahasa mereka. Bahasa Yunani kuno mempunyai tiga gender dalam tatabahasa (maskulin, feminin dan neuter), jadi apabila seorang dewa atau dewi mempersonifikasikan sesebuah objek atau konsep, ia mewarisi gender kata nama tersebut: contohnya, selene, kata nama Yunani untuk 'bulan' adalah feminin (sedangkan men adalah maskulin), jadi dewanya dianggap sebagai perempuan.[17] Dalam mitologi Indo-Eropah Purba, Bulan, yang dianggap lelaki, pernah dilihat berkahwin dengan Matahari, yang dianggap perempuan, yang mana dalam mitologi Yunani dipandang sebagai seorang dewa lelaki, dan abang Selene, Helios.[18] Akan tetapi, berbeza dengan Fajar (Eos) dan Matahari (Helios), Bulan kurang pentingnya dalam mitologi IEP.[16][19]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads