Separuh Jiwaku
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Separuh Jiwaku merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah. Ia mengisahkan mengenai Hanna Dalila yang memiliki kedai dobi, Hanna ialah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 9 Oktober 2014 hingga 4 Disember 2014 menggantikan 7 Suami.[1][2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan mengenai Hanna Dalila yang memiliki kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Emir Izlan pula seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka dirahsiakan daripada Dato’ Darwish.
Dato’ Darwish yang merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna telah menaruh hati padanya dan mengajaknya untuk berkahwin. Hanna yang menerima lamaran tersebut menyebabkan Ermi menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana beliau turut menyintai Hanna. Peristiwa tersebut mengakibatkan tercetusnya pelbagai dugaan menimpa Hanna.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Elfira Loy sebagai Hanna
- Aedy Ashraf sebagai Emir Izlan
Pelakon pembantu
- Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Darwish
- Jasmin Hamid sebagai Datin Sofinah
- Liza Abdullah sebagai Mak Iti
- Nadia Aqilah sebagai Laily
- Riz Amin sebagai Eddy
- Siti Chubby sebagai Jah
- Nisha Dirr sebagai Jasmin
- Rafie Ghazali sebagai Dr. Megat
- Mak Wan sebagai Mak Biah
- Sharisa Haris sebagai Sherry
- Mior Fareez sebagai Malik
Pelakon kanak-kanak
- Puteri Balqis sebagai Intan Qaisara
Remove ads
Runut bunyi
- "Siapa Diriku" - Amylea Azizan dan Nadia Aqilah
- "Ada Kamu" - Roman
- "Aku Sudah Fall In Love" - Alvin MY
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads