Siti Sarah
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia (1984-2021) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Siti Sarah Raissuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3][4][5][6] Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.[7][8][9][10]
Remove ads
Kehidupan awal
Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984, di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada 3 beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya kepada pasangan Raisuddin Hamzah dan Noor Aini Mohamed.[11] Sarah mempunyai seorang abang, Ahmad Firdous dan seorang adik lelaki, Ahmad Yazeed.[12]
Kerjaya
Bapanya, Raisuddin juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau menyertai pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu. Bakat Siti Sarah dalam industri muzik mula dicungkil menerusi pertandingan Bintang URTV 2001 peringkat Zon Timur di mana beliau merupakan juara setelah menyanyikan lagu Indonesia, "Ku Akui". Kejuaraan itu turut membawanya ke peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung pada September 2001.[13]
Selepas menyertai Bintang RTM dan Bintang URTV 2001, Siti Sarah menandatangani kontrak rakaman bersama NAR Records pada awal 2002. Album sulungnya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun yang sama dengan lagu "Kesetiaan" dikeluarkan sebagai single pertama.[14][15]
Album keduanya, Mimpi Pun Sama dikeluarkan pada Disember 2003, yang mana ia telah mencatat jualan sebanyak 12,000 unit. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Jangan Kau Mimpi" dan "Saat Hilang Cintamu".[1]
Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, AC Mizal, Spider, Ning Baizura dan Anita Sarawak.[16]
Pada Jun 2005, album ketiga dan terakhirnya, Tiada Dikau Tiada Makna telah dikeluarkan. "Bersamamu" dan "Tinggal Serpihan" dikeluarkan sebagai single utama.[17][18][19] Album kompilasi pertamanya, Suatu Perjalanan dikeluarkan pada 2008 dengan memuatkan lagu-lagu hits beliau dari 3 album terdahulunya.
Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.[20][21]
Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts (WCOPA) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara.[22][23][24]
Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi filem Man Sewel Datang KL (2011) yang dibintangi oleh suaminya, Shuib Sepahtu. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Salbiah.[25][26]
Pada tahun 2016, nama Siti Sarah mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan Kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai Layu di Tasik Madu (Fauziah Latiff) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.[27][28][29]
Pada tahun 2018, Siti Sarah muncul dengan lagu bertajuk "Semakin" ciptaan suaminya, Shuib.[30] Beliau juga berduet bersama suaminya menerusi lagu "Semakin Benci Semakin Cinta" hasil nukilan Ajai, ia dikeluarkan pada Jun 2021.[31]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Siti Sarah pernah bertunang dengan pelumba motosikal New Zealand, Muhammad Harith Fuad Robinson pada Januari 2007 namun pertunangan mereka berakhir pada awal 2008.[32][33] Mereka sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan pada sekitar November 2006.[34]
Beliau berkahwin dengan pelawak Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011.[35] Pasangan ini dikurniakan 4 anak – Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. Pada 26 Februari 2017, Shuib dan Siti Sarah bersanding sempena ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka.[36] Beliau mula bertudung pada Mei 2018.[37]
Ibunya, Noor Aini Mohamed meninggal dunia pada 26 Jun 2013.[38]
Kematian
Ketika Malaysia dilanda wabak COVID-19, Siti Sarah telah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.[39][40] Beliau meninggalkan suaminya iaitu Shuib Sepahtu dan 4 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.[41] Sarah menjadi peserta Gegar Vaganza ketiga yang kembali ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada 2019 dan Maya Matahari pada 2020 serta Gmie Screen pada 2021 dan Adibah Noor pada 2022. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Zuhur.[42][43][44]
Remove ads
Diskografi
Album studio
Album kompilasi
Single
Remove ads
Filemografi
Filem
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads