Sara Ali
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Siti Sarah Hairi Ali atau lebih terkenal sebagai Sara Ali (lahir 11 Oktober 1990) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Batu Pahat, Johor.[1] Sara telah membintangi beberapa drama TV termasuk Wasiat (2011), Bukan Bidadari (2012), Luluhnya Sebuah Ikrar (2013), Rubberband (2015) dan Split TV Series (2018) serta telah membintangi beberapa filem termasuk Nur Kasih The Movie dan Songlap (2011), Kami Histeria (2014) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022).
Remove ads
Kerjaya
Sara Ali memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2011. Beliau ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya, Penunggu Istana arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin, filem ini turut dibintangi oleh Amar Asyraf. Beliau juga pernah berlakon bersama Shaheizy Sam dan Syafie Naswip dalam filem Songlap arahan Fariza Azlina Isahak dan Effendee Mazlan.[2]
Beliau paling dikenali melalui watak sebagai Johana Hassan dalam drama Wasiat lakonan bersama Farid Kamil dan Beto Kusyairy.[3] Pada tahun 2012 sahaja, Sara berlakon dalam dua filem—Sesuatu Yang Tertinggal sebagai Mona dan Jangan Pandang-Pandang sebagai Yaya. Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Bukan Bidadari lakonan Nad Zainal.
Beliau bersama Nad Zainal, Mila Jirin dan Diana Danielle, membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Sara memegang watak sebagai Bad, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[4]
Pada tahun yang sama, Sara membuat penampilan pentas teater sulungnya menerusi teater Lembu dan Mat Derih Kola Perlih hasil garapan Namron lakonan bersama Namron, Pekin Ibrahim dan Ameera Ramli. Setahun berikutnya, beliau muncul bersama Beto Kusyairy, Bil Azali dan Pian Kepoh dalam drama Rubberband yang bersiaran di Slot Iris TV3. Beliau seterusnya memegang watak Nadia dalam filem pendek arahan Muzzamer Rahman bertajuk Nadia Ngidam Cili yang dikeluarkan pada 16 September 2015.[5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada Oktober 2016, Sara Ali mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung selepas 10 bulan.[6] Beliau berkata dalam temu ramah pada April 2017: "Keputusan saya mengenakan hijab tahun lalu tidak didorong oleh keputusan sendiri. Saya terikut-ikut dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan. Namun begitu, saya mengaku yang perubahan tersebut merupakan keputusan saya. Saya sendiri yang buat kesilapan, saya sendiri yang tak berfikir panjang sebelum mengenakan hijab. Selepas 10 bulan, saya kembali membuka hijab. Saya tak mahu jadi hipokrit, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan agama. Saya akui, ini salah saya,".[7]
Beliau juga dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Fazura apabila pelakon itu membuat pendedahan mengenai hubungan dingin mereka dalam episod kedua Facing Up To Fazura terbitan E! Asia pada 21 Disember 2014.[8][9][10] Sara kemudiannya menyatakan beliau bernekad untuk tidak mahu meneruskan persahabatannya dengan Fazura.[11][12]
Remove ads
Filemografi
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads