Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen MRT Taman Tun Dr Ismailmap
Remove ads

Stesen MRT TTDI (atau stesen MRT Taman Tun Dr Ismail) ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1]

Fakta Segera TTDI تامن تون د.إسماعيل‎, Nama lain ...
Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Damansara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia. Di barat laut stesen terletaknya Menara Glomac dan Damansara Kim[2] manakala di utara stesen terletaknya PrimaNora Medical Centre.[3] Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara LGB TTDI, Plaza VADS, pusat membeli-belah Glo Damansara, Glomac Damansara Residences, Kiara Green Townhouses, The Greens Condo TTDI, Pasar Besar TTDI, Hospital KPJ Damansara, Kubur Islam Bukit Kiara, SS 20 Petaling Jaya dan Taman Rimba Kiara.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Phileo Damansara)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Bandar Utama)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Pintu stesen

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail iaitu Pintu A dan Pintu B. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan mempunyai kemudahan mesra bagi pengguna OKU, lif, eskalator dan tangga yang menuju ke aras legar stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi sepenuhnya di Pintu A dan Pintu B.[5][6] Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan pangsapuri TTDI Ascencia dan Menara Glomac manakala Pintu B pula, terletak di timur stesen berdekatan dengan bangunan komersial Jalan Wan Kadir 3 dan kondominium The Plaza TTDI.[4][7]

Maklumat lanjut Pintu, Lokasi ...
Remove ads

Sambungan

Perkhidmatan bas

Bas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T813 (MRT Taman Tun Dr Ismail–Damansara Jaya) dan T814 (MRT Taman Tun Dr Ismail-Taman Tun Dr Ismail).[8] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[6]

Maklumat lanjut Laluan, Koridor ...
Remove ads

Galeri

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads