Wakaf Bharu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Wakaf Bharu merupakan sebuah bandar satelit dan daerah di Jajahan Tumpat, Kelantan. Ia terletak kira-kira 19 kilometer dari Tumpat dan 5 kilometer dari bandar Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan Laluan Persekutuan Malaysia 134.

Fakta Segera واقف بهارو, Negara ...

Wakaf Bharu mempunyai sebuah pasar, Pasar Wakaf Bharu. Pasar Wakaf Bharu adalah pasar terbesar dan paling sibuk di dalam Jajahan Tumpat[1]. Pekarangan pasar ini sesak pada setiap pagi Jumaat kerana terdapat sebuah pasar pagi yang dikenali sebagai "Pasar Jumaat".

Remove ads

Politik

Demografi

Lebih daripada 90 peratus di kawasan ini adalah orang Melayu dan orang beragama Islam.

Pendidikan

Pengangkutan

Terdapat sebuah stesen kereta api di pekan Wakaf Bharu, Stesen keretapi Wakaf Bharu. Stesen ini merupakan stesen yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu.

Tempat Ibadat

Pekan Wakaf Bharu mempunyai beberapa buah masjid dan surau, antaranya Masjid Wakaf Bharu. Di pekan Wakaf Bharu juga terdapat sebuah gereja, Gereja Presbyterian Wakaf Bharu.

Kemudahan Asas Lain

Pekan Wakaf Bharu mempunyai sebuah Klinik Awam iatu Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dan beberapa klinik swasta antaranya ialah Klinik Primer. Pekan Wakaf Bharu juga mempunyai sebuah balai polis dan pejabat pos.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads