Wan Saiful Wan Jan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan (lahir 20 Jun 1975) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (2018-2022).[1]
Sebelum menyertai politik, Wan Saiful adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang diasaskan beliau bersama YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.[2]
Remove ads
Kerjaya politik
Pilihan raya umum 2018
Wan Saiful telah menyertai Pilihan raya umum Malaysia 2018 untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang yang lalu mewakili BERSATU dalam Pakatan Harapan yang menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat bagi menentang calon Awang Hashim dari Gagasan Sejahtera (PAS), Othman Abdul dari Barisan Nasional (UMNO) dan Abdul Malik Manaf, calon BEBAS.[3]
Dalam pertandingan 4 penjuru itu, Wan Saiful hanya memperolehi undian sebanyak 14,901, iaitu ketiga tertinggi selepas Awang Hashim dan Othman Abdul.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Wan Saiful telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mulai 2016 dan telah memenangi kerusi tersebut pada pemilihan untuk sesi tahun 2019-2021 pada 2020 lalu. Setelah Mohd Radzi Md Jidin memenangi kerusi Naib Presiden BERSATU, Wan Saiful telah dilantik menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Penerangan BERSATU.[4]
Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU selepas dituduh menerima rasuah daripada seorang kontraktor. Tindakan tersebut diambil bagi memudahkan proses penyiasatan dan perbicaraan.[5] Pada 14 Oktober 2025, beliau telah dipecat dari BERSATU dan kini merupakan Ahli Parlimen Bebas.
Remove ads
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran diraja
Wilayah Persekutuan
Panglima Mahkota Wilayah (PMW) - Datuk (2021) [6]
Negeri Sembilan
Darjah Tuanku Muhriz (DTM) - 2015 [7]
Anugerah persilatan
- Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah
- Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam (2022) [8]
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads