Xavier Jayakumar Arulanandam

Ahli Politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Xavier Jayakumar Arulanandam
Remove ads

Dato'[1] Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli[2][3] yang mengangkat sumpah jawatan menteri pada 2 Julai 2018 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Langat dan bekas Ahli Dewan Negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat kawasan Sri Andalas, Klang, Selangor. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden KEADILAN. Pada 13 Mac 2021, beliau telah mengumumkan keluar daripada PKR menjadikan beliau antara 16 ahli parlimen yang keluar daripada PKR.

Fakta Segera Didahului oleh, Digantikan oleh ...
Remove ads

Kerjaya politik

2021

Pada 13 Mac 2021, beliau telah mengumumkan keluar daripada PKR sekali gus membuatkan beliau antara Geng Kartel Azmin yang keluar daripada parti.

Parti Keadilan Rakyat

Beliau ialah Naib Presiden PKR.[4] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bagi negeri Selangor.[5]

Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli

Beliau telah mencadangkan agar meminda Kanun Tanah Negara yang diluluskan pada 2014 yang membenarkan pemilikan tanah kepada warga dan syarikat asing melalui Seksyen 433B dengan kelulusan kerajaan negeri.[6]

Remove ads

Pilihan raya

Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 di kerusi Parlimen Ampang yang menyaksikan beliau tewas kepada calon Barisan Nasional, Rozaidah Talib.[7]

Setelah tewas untuk merebut kerusi Parlimen, beliau telah bertanding pula di kerusi Dewan Negeri Selangor, Seri Andalas. Nasib telah menyebelahi beliau dan memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya umum Malaysia 2008.[8] Setelah menang, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.[9]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Selangor Seri Andalas dalam pertandingan 5 penjuru.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...
Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...

Anugerah

  •  Kelantan :
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) - Dato' (2019)[14]

Pautan luar

Xavier Jayakumar Arulanandam di Facebook

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads