Yuna Rahim

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Shafiqah Husna Abd Rahim (lahir 26 April 1995) atau lebih dikenali sebagai Yuna Rahim ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2017 menerusi filem pendek Ngelamun, namun lebih dikenali dengan watak Cempaka dalam drama Sweet Dreams.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 18 Februari 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Nurakmal Ayub, 27, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Mutiara Damansara, di sini, pagi tadi.

Yuna atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhamad Nazmi Abd Samad. Yuna sah bergelar isteri kepada Nurakmal dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang berlangsung pada pukul 11 pagi.

Pada upacara itu, Yuna, 27, menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Yuna mula menjalin hubungan cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Dia yang ditemui selepas selamat bergelar isteri, bersyukur segala perancangan untuk hari bahagianya berjalan dengan lancar.

“Saya gembira dan bersyukur semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan majlis impian saya selama ini, terutama keluarga kedua-dua pihak.

“Untuk majlis resepsi pula, kemungkinan akan diadakan selepas sambutan hari raya Aidilfitri nanti. Tarikh akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti seperti Fatin Afeefa dan suami, Intan Najuwa, Datin Seri Nina Juren, Wanna Ali, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads