Vanida Imran
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Vanida Imran (lahir Vanidah binti Imran; 8 Februari 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan isteri (kini bekas) kepada pelakon Rashidi Ishak[1] yang dikahwininya sehingga perceraian pada 2018. Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.[2]
Vanidah merupakan Naib Juara Miss World Malaysia 1993 dan beliau juga memenangi gelaran Miss Photogenic.
Remove ads
Kehidupan awal
Dilahirkan di Pulau Pinang, Vanidah dibesarkan di Kuala Lumpur dan menamatkan pendidikan menengahnya di Convent Bukit Nanas.[3] Beliau mempunyai darah campuran India Muslim dan Jawa.
Kerjaya
Pada tahun 1995, di usia 22 tahun, Vanidah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman. Pada tahun 1998, beliau menjayakan watak sebagai Noraini dalam filem Badai Mantera. Vanidah muncul dalam iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak arahan Yasmin Ahmad (Allahyarhamah) yang diterbitkan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-41, ia turut dibintangi oleh Ashraf Sinclair (Allahyarham).
Pada tahun 2003, beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk suaminya ketika itu, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Soffi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]
Pada tahun 2004, beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam filem thriler misteri, 7 Perhentian arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.[5] Dua tahun kemudian, Vanidah menjayakan peranan utama Azizah bersama Bob Mercer, Zahim Albakri dan Samantha Schubert dalam filem drama misteri The Red Kebaya arahan Oliver Knott.[6]
Vanidah meminjamkan suaranya bagi watak Normah dan ibu Aziz dalam filem animasi arahan Anwardi Jamil Budak Lapok, yang diilhamkan dari filem Bujang Lapok karya P. Ramlee. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Afdlin Shauki, Tony Eusoff, Eja, dan Nasha Aziz membintangi filem drama Sepi arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan pada 26 Jun 2008.[7]
Vanidah memegang watak sebagai Ain dalam filem Temuan Takdir yang ditayangkan pada 11 Ogos 2016.[8] Bekerja di bawah arahan Syed Hussein, Vanidah mencurahkan pengalaman silamnya dengan menjayakan watak sebagai Suraya dalam filem Dendam Azalea. Filem ini mencipta sejarah apabila muncul sebagai filem Malaysia pertama yang tidak ditayangkan di pawagam, sebaliknya ditayangkan secara eksklusif di Netflix.[9]
Pada tahun 2020, beliau berlakon dalam satu lagi filem Netflix, Daulat dengan memegang watak sebagai Suri.[10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2015.[11][12] Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) di Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Ke-61 universiti itu pada 12 Mac 2022.[13]
Ibu beliau, Shariffah Bee Abdul Majid telah meninggal dunia pada 24 Disember 2017 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.40 petang.[14][15]
Pada 28 Oktober 2016, Vanida memfailkan saman terhadap syarikat kosmetik Ronasutra berhubung dengan pelanggaran kontrak dan penyalahgunaan gambarnya tanpa kebenaran dan menamakan Miliyasutra Industries sebagai defendan.[16] Bagaimanapun, pada Mei 2017, beliau menang saman tersebut[17] selepas Ronastura gagal rayu dalam kes saman terhadapnya pada Februari 2018.[18]
Sekitar Ogos 2018, Vanida menafikan khabar angin mengatakan beliau dan suami, Rashidi Ishak tidak lagi bersama[19] dan enggan mengulas mengenai hal tersebut.[20][21] Walau bagaimanapun, ia didedahkan oleh media bahawa Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018, Vanidah berkata dalam temubual bersama Berita Harian: "Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami,".[22][23]
Beliau berkahwin dengan jurutera, Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.[24]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads