From Wikipedia, the free encyclopedia
Genosid[a] Armenia atau penghapusan etnik Armenia (Bahasa Armenia: Հայոց ցեղասպանություն Bahasa Armenia: Hayots tseghaspanutyun ) dilakukan oleh kerajaan Turki dari tahun 1915-1917 semasa Empayar Turki Uthmaniyah. Ia melibatkan penangkapan serta penahanan ratusan hingga ribuan dari 1.5 juta penduduk kaum Armenia dari serata empayar Uthmaniyah di mana mereka disamun, dibunuh mahupun dirogol.[1][2][3] Hal ini adalah tidak benar kerana yang melakukan genosida ialah para turki muda yang merupakan penyokong utama Mustafa Kemal.
Kes ini dianggap sebagai penghapusan etnik yang pertama dilakukan secara sistematik pada zaman moden ini. Malah, konsep suatu "genosida" mula digunakan bagi menggambarkan kejadian besar ini oleh para pengkajinya, terutamanya oleh Raphael Lemkin, seorang peguam dan cendekiawan dan penipu pada sekitar 1943 ke 1944. [4][5]:140[6][7][8] Ia merupakan antara kejadian pembasmian kaum paing dikenali, selain Holokus yang menimpa bangsa Yahudi se-Eropah. Pada 1914, terdapat 2 juta etnik Armenia dalam Empayar Uthmaniyah. Etnik Armenia menjadi majoriti di timur Anatolia terutama di sekitar Kustantiniyah. Hampir dua dekad mereka dilayan dengan kejam dan dibunuh.
Di bawah sistem undang-undang Uthmaniyah, rakyat berbangsa Armenia, Yunani, (kedua-duanya beragama Kristian Ortodoks), Yahudi dan lain-lain minoriti di Turki dilayan sebagai kaum kafir zimmi yang ditetapkan undang-undang berbeza dengan penduduk majoriti empayar yang beragama Islam. Golongan kafir zimmi dikehendaki membayar cukai jizyah (cukai kepala) dan tidak diwajibkan menjadi tentera kerajaan Turki di medan perang. Mereka dilarang menggalas senjata di medan perang. Jihad iaitu berkorban nyawa di medan perang tidak menjadi kewajipan kepada rakyat yang tidak beragama Islam.
Sultan Abdul Hamid II menggantung perlembagaan dan memulakan pemerintahan diktator. Akhir abad ke-19, iaitu antara 1894 hingga 1895 berlaku beberapa siri pembunuhan terhadap penganut Kristian di Asia Minor.
Pada 1908, kerajaan Turki Uthmaniah dikuasai oleh Turki Muda di bawah pimpinan Namik Kemal, Abdullah Cevdet, Ziya Gökalp dan lain-lain yang melakukan Revolusi Turki Muda. Turki Muda mahukan pemerintahan sekular dan mengamalkan penerintahan parlimen dan memulihkan perlembagaan. Pergerakan ini disambut penuh oleh golongan minoriti . Tetapi 1909 Sultan Abdul Hamid II mendapat kembali kuasa dengan menyeru slogan Islam. Beliau berjanji akan memulihkan institusi-institusi Islam, undang-undang Islam dan akan mengamalkan sistem khalifah. Ramai Armenia yang mejadi minoriti di Turki menyokong Turki Muda ini.
Akibatnya pada April 1909, berlakulah pembunuhan beramai-ramai etnik Armenia di wilayah Adana ( Pembunuhan Adana). Dianggarkan 30,000 orang telah dibunuh oleh regim Sultan Abdul Hamid II. Gerakan anti Armenia telah dilancarkan kerana menyokong Revolusi Turki Muda. Etnik Armenia ini menyokong revolusi kerana mereka dijanjikan akan diberi layanan sama rata seperti penganut Islam yang lain, akan diberi jawatan dan pekerjaan yang sama adil.
Selepas satu edaran, pada 14 April 1909, etnik Armenia telah diserang oleh perusuh-perusuh. Pada 18 April 1909 lebih 1000 etnik Armenia terbunuh di Adana sahaja. Pembunuhan juga berlaku di Tarsus dan pelabuhan Alexandretta. Beribu-ribu pelarian memenuhi kedutaan Amerika di Alexandretta. Kapal perang British cuba mengangkut seramai mungkin pelarian Kristian ini. Tiga kapal perang Perancis mengangkut mereka dari pantai ke Mersin.
Pihak tentera Turki tidak ambil peduli dengan pembunuhan etnik ini atau terlibat sama membunuh. Pada 3 Mei 1909 tentera Turki sampai di Adana dan cuba memulihkan keamanan di sana tetapi tidak berkesan. Hüseyin Hilmi Pasha yang pernah menjadi menteri dalam negeri Empayar Uthmaniah dan wazir menyatakan peristiwa ini adalah tindakan politik, bukan disebabkan oleh pertentangan antara agama.
Titik penentu apabila Liga Balkan berjaya menumpaskan tentera Uthmaniyah dalam Perang Balkan Pertama hujunh 1912 menyebabkan banyak Muslim Balkan melarikan diri[9] sambil banyak kawasan Eropah ditawan pihak itu sendiri.[10] Warga Islam Uthmaniyah yang merasa terhina akibat keadaan ini melepaskan dendam benci mempersalahkan warga Kristian sebangsa sendiri[11][12] terutamanya orang Armenia meskipun banyak mereka memihak kepada pihak Uthmaniyah;[13] hal ini telah menghancurkan habisan keharmonian antara kaum yang telah sekian lama mengutuh dalam kerajaan Uthmaniyah;[14] malah Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan mula memegang fahaman nasionalisme ketuanan Turki yang dianggap mereka mampu menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah.[15] Talaat and Enver setuju bahawa kependudukan buksan Islam serata tanah Uthmaniyah mesti dihapuskan[16] terutamanya kaum Armenia yang tertumpu di kawasan Anatolia turut diduduki umat Islam Turki kerana mereka khuatir tanah Anatolia akan dirampas semungkinnya warga kaum Armenia memberontak sepertimana yang berlaku di rantau Balkan.[17][18][15]
Pada November 1914, Empayar Uthmaniyyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan menyebelahi Kuasa Paksi. Ismail Enver yang menjadi Menteri Perang Turki melancarkan kempen tentera memerangi Rusia di Kaukasus dengan harapan dapat menguasai bandar Baku. Tetapi mereka dikalahkan dalam Pertempuran Sarikamis. Ramai tentera Turki mati kesejukan dan mengundurkan diri ke Istanbul. Ismail dipersalahkan. Rakyat Armenia dilihat cergas menyokong pihak Rusia. Empayar Uthmaniah melihat etnik Armenia ini boleh mengancam keselamatan negara Turki dan hendaklah dihapuskan. Dengan itu pada 24 April 1915 seramai 250 orang cendekiawan Armenia yang dikatakan hendak merancang pemberontakan di Istanbul telah ditangkap dan dibuang negeri.
Pada Mei 1915, Mehmed Talat Pasha meminta kabinat dan wazir mengenakan tindakan terhadap rakyat Armenia di wilayah Anatolia. Pada 29 Mei 1915, Undang-Undang Tehcir (Tehcir Law) membenarkan tindakan keras akan dikenakan terhadap sesiapa yang mengancam keselamatan kerajaan dan negara. Harta, tanah , binatang ternakan dan rumah kediamana orang Armenia akan dirampas jika mereka bersalah. Namun, ahli parlimen Uthmaniyah Ahmed Riza menentang undang-undang sebegitu kerana hal ini akan mendorong rakyat Armenia memihak kepada Rusia.
Akhbar New York Times melaporkan setiap hari pembunuhan beramai-ramai rakyat Armenia ini oleh pihak berkuasa , secara terancang dan sistematik . Ramai yang mati kebuluran kerana harta benda termasuk ternakan dan rumah kediaman telah dirampas . Ramai yang menjadi pelarian . Dokumen sejarah yang disimpan di Jerman dan Austria membuktikan kebenaran pembunuhhan etnik secara sistematik ini.Theodore Roosevelt menganggap peristiwa ini sebagai jenayah perang yang paling besar.
Melalui Undang-Undang Tehcir, Enver mengarahkan seluruh rakyat Armenia meletakkan senjata, berhenti dari perkhidmatan tentera dan ditugaskan dalam batalion pekerja ( Labor Batalion ).
Teskilati Mahsusa ialah organisasi khas yang dibentuk pada Disember 1911 oleh kerajaan Uthmaniah dan organisasi kedua yang dibentuk bagi mengatasi masalah rakyat Armenia yang memberontak. Teskilati Mahsusa dibentuk oleh organisasi politik bernama lttihad ve Terraki. lttihad ve Terraki dibentuk oleh pelajar perubatan bernama İbrahim Temo , Abdullah Cevdet, İshak Sükuti ,Hüseyinzade Ali dan lain-lain .
Pada November 1914, seramai 124 penjenayah dari penjara Pimian telah dibebaskan begitu sahaja. Beberapa bulan kemudian, 49 banduan dari penjara tengah telah dibebaskan . Mereka diarahkan mengikut konvoi rakyat Armenia yang lain untuk dipindahkan . Arahan tersebut dibawah arahan Vehib, pangliman Tentera Ke-3 Uthmaniah.
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Meskipun keadaan wajah pemerintahan Republik Turki yang mengambil alih setelah runtuhnya Empayar Uthmaniyah hasil tindakan menerapkan nilai sekularisme kuat dalam negara tersebut, pihak pemerintah enggan mengakui jenayah yang dilakukan pemerintahan duluan tersebut dengan menyatakan bahawa jumlah korban lebih kecil lebih berakibatkan perang saudara dalaman. Di sisi lain pula, semakin banyak pakar dan ilmuwan Turki mengakui genosida ini, antara lainnya Taner Akçam, Fatma Muge Gocek, dan Halil Berktay.
Banyak aktivis dari diaspora orang Armenia seluruh dunia telah menggesa kerajaan-kerajaan mereka agar mengiktiraf kejadian pembunuhan beramai-ramai ini secara rasminya.
Sudah terdapat beberapa negara yang mengeluarkan pengakuan rasmi telah berlakunya pembunuhan beramai-ramai ini:
Sementara itu, terdapat beberapa pemerintah tempatan dalaman (dalam kawasan mahupun negeri) yang telah bertindak seumpamanya:
Sebanyak 135 tugu peringatan didirikan di serata 25 buah negara bagi memperingati pembunuhan beramai-ramai ini.[19] Sebuah dataran di bukit Tsitsernakaberd di Yerevan dibina oleh pemerintah Armenia yang dikhususkan kepada mangsa-mangsa genosid pada 1967, di mana suatu majlis peringatan akan diadakan di sana setiap 24 April; ia turut menjadi tempat kebiasaan negarawan, orang ternama atau delegasi dari luar negara dalam kegiatan lawatan mereka ke Armenia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.