From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan Schengen (Jawi: کاوسن شيڠن) ialah kawasan yang terdiri daripada 29 buah negara dalam benua Eropah yang telah menghapuskan pasport dan semua jenis kawalan sempadan lain di sempadan yang dikongsi bersama negara-negara ini. Kawasan ini bertujuan utama sebagai satu negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa dengan dasar visa yang sama. Kawasan ini dinamakan sempena Perjanjian Schengen ditandatangani di kota senama di Luxembourg.[1] Negara-negara dalam kawasan ini telah memperkuatkan kawalan sempadan dengan negara-negara lain yang tidak termasuk dalam kawasan ini.
Dasar | Kesatuan Eropah |
---|---|
Jenis | Kawasan sempadan terbuka |
Diasaskan | 1995 |
Negara ahli | |
Keluasan | 4,595,131 kilometer persegi (1,774,190 bt2) |
Kependudukan | 453,324,255 |
Sebanyak 25 daripada 27 buah negara anggota Kesatuan Eropah mengambil bahagian dalam kawasan ini. Satu-satunya negara anggota Kesatuan yang masih bukan sebahagian daripada Kawasan Schengen ialah Cyprus dan Ireland: Cyprus diwajibkan secara sah menyertai pada masa hadapan, manakala Ireland menarik diri sambil mengendalikan polisi visanya sendiri. Empat anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland tidak memasuki Kesatuan Eropah namun telah menandatangani perjanjian yang berkait dengan Perjanjian Schengen. Tiga buah negara mikro dalam Eropah iaitu Monaco, San Marino dan Kota Vatikan boleh dianggap sebagai negara ahli secara de facto.
Kawasan ini mempunyai penduduk sebanyak lebih dari 450 juta orang dan berkeluasan sebanyak 4,595,131 kilometer persegi (1,774,190 bt2).[2] Sebanyak 1.7 juta orang berulang-alik merentasi sempadan politik dalam Eropah untuk tujuan kerja setiap hari, dan di beberapa kawasan orang-orang ini merupakan sehingga ketiga tenaga kerja. Setiap tahun, terdapat sejumlah 1.3 bilion lintasan sempadan Schengen dalam keseluruhannya; di mana 57 juta lintasan daripadanya adalah untuk tujuan pengangkutan darat barang dagangan bernilai €2.8 trilion setiap tahun.[3][4] Penurunan kos perdagangan disebabkan penguatkuasaan Schengen berbeza dari 0.42% hingga 1.59% bergantung pada geografi, perdagangan dan faktor lain. Negara-negara di luar kawasan ini turut mendapat manfaatnya.
Perjanjian Schengen telah ditandatangani pada 14 Jun 1985 oleh lima daripada sepuluh negara anggota Kesatuan Eropah[5] di bandar Schengen, Luxembourg. Kawasan ini didirikan secara berasingan daripada Komuniti Ekonomi Eropah, apabila kata sepakat tidak dapat dicapai di antara semua negara anggota Komuniti Eropah mengenai penghapusan kawalan sempadan dalam negara anggota.
Pada tahun 1990, perjanjian ini disampingkan bersama Konvensyen Schengen yang mencadangkan penghapusan kawalan sempadan dalaman serta sebuah dasar visa yang sama.[6] Perjanjian ini serta peraturan yang dipakai di bawahnya terpisah sepenuhnya daripada struktur Komuniti tersebut, lalu membawa kepada pembentukan Kawasan Schengen pada 26 Mac 1995.[7]
Kawasan Schengen terdiri daripada 29 buah negara, termasuk empat negara bukan ahli Kesatuan Eropah. Dua negara bukan ahli Kesatuan ini iaitu Iceland dan Norway adalah sebahagian daripada Kesatuan Pasport Nordik yang secara rasminya dikelaskan sebagai 'negara berkait dengan kegiatan-kegiatan Schengen Kesatuan'. Switzerland kemudiannya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam cara yang sama pada tahun 2008. Liechtenstein menyertai kawasan ini pada 19 Disember 2011.[8] Kawasan de facto, ini termasuk juga tiga buah negara mikro Eropah – Monaco, San Marino dan Kota Vatikan – mengekalkan sempadan terbuka atau separa terbuka dengan negara ahli Schengen yang lain.[9] Dua anggota Kesatuan pada ketika itu – Republik Ireland dan United Kingdom (sebelum menarik diri pada 2020) – berunding agar tidak menyertai Kawasan ini dan terus beroperasi dalam Perjalanan Biasa Kawasan sistematik kawalan sempadan dengan negara anggota kesatuan yang lain.
Republik Ireland walaupun menganggotai Kesatuan memutuskan berunding menarik diri daripada perjanjian Schengen dan terus mengendalikan kawalan sempadan dengan negara sekesatuan yang lain, pada masa yang sama membentuk sebahagian sempadan terbuka Kawasan Perjalanan Bersama dengan United Kingdom dan wilayah-wilayah Tanggungan Mahkotanya. Negara anggota Cyprus yang tinggal diwajibkan Perjanjian Penyertaan menyertai Kawasan Schengen akhirnya. Walau bagaimanapun, negara yang hendak melaksanakan sepenuhnya peraturan-peraturan Schengen mesti mempunyai persediaan yang dinilai dalam empat bidang: sempadan udara, visa, kerjasama polis, dan perlindungan data peribadi. Proses penilaian ini melibatkan soal selidik serta lawatan yang dibuat pakar-pakar Kesatuan kepada institusi dan tempat kerja terpilih di negara yang disasarkan.[10]
Negara | Keluasan (km2) |
Kependudukan[11] (2021) |
Ditandatangani | Tarikh pelaksanaan pertama[Nota 2] |
---|---|---|---|---|
Austria | 83,871 | 8,922,082 | 28 April 1995[12] | 1 Disember 1997[13][14][Note 1] |
Belanda (kecuali Aruba, Curaçao, Sint Maarten dan kawasan Caribbean Belanda) |
41,526 | 17,501,696 | 14 Jun 1985[15] | 26 Mac 1995[16] |
Belgium | 30,528 | 11,611,419 | 14 Jun 1985[15] | 26 Mac 1995[16] |
Bulgaria |
110,994 | 6,885,868 | 25 April 2005[17] | 31 Mac 2024[18][Note 2] |
Croatia | 56,594 | 4,060,135 | 9 Disember 2011[19] | 1 Januari 2023[20][21][Note 3] |
Denmark (kecuali Greenland dan Kepulauan Faroe)[Note 4] |
43,094 | 5,854,240 | 19 Disember 1996[26] | 25 Mac 2001[27] |
Estonia | 45,338 | 1,328,701 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Finland | 338,145 | 5,535,992 | 19 Disember 1996[30] | 25 Mac 2001[27] |
Hungary | 93,030 | 7,709,786 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Iceland[Note 6] | 103,000 | 370,335 | 19 Disember 1996[32] 18 Mei 1999[33][Note 7] |
25 Mac 2001[27] |
Itali | 301,318 | 59,240,329 | 27 November 1990[35] | 26 Oktober 1997[14][36][Note 8] |
Jerman[Note 9] | 357,050 | 83,408,554 | 14 Jun 1985[15] | 26 Mac 1995[16] |
Latvia | 64,589 | 1,873,919 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Liechtenstein[Note 6] | 160 | 39,039 | 28 Februari 2008[37] | 19 Disember 2011[38] |
Lithuania | 65,300 | 2,786,651 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Luxembourg | 2,586 | 639,321 | 14 Jun 1985[15] | 26 Mac 1995[16] |
Malta | 316 | 526,748 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Norway[Note 6] (kecuali Svalbard)[39] |
385,155 | 5,403,021 | 19 Disember 1996[32] 18 Mei 1999[33][Note 7] |
25 Mac 2001[27] |
Perancis (kecuali jabatan and jajahan seberang lautnya)[Note 10] |
551,695 | 64,531,444 | 14 Jun 1985[15] | 26 Mac 1995[16] |
Poland | 312,683 | 38,307,726 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Portugal | 92,391 | 10,290,103 | 25 Jun 1991[40] | 26 Mac 1995[16] |
Republik Czech | 78,866 | 10,510,751 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Romania |
238,391 | 19,328,560 | 25 April 2005[17] | 31 Mac 2024[18][Note 2] |
Sepanyol (dengan peruntukan khas untuk Ceuta dan Melilla). Kepulauan Canary di luar pesisiran benua Afrika tidak termasuk dalam Kawasan Schengen[Note 11] |
510,000 | 47,486,935 | 25 Jun 1991[43][44] | 26 Mac 1995[16] |
Slovakia | 49,037 | 5,447,622 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Slovenia | 20,273 | 2,119,410 | 16 April 2003[28] | 21 Disember 2007[29][Note 5] |
Sweden | 449,964 | 10,467,097 | 19 Disember 1996[45] | 25 Mac 2001[27] |
Switzerland[Note 6] | 41,285 | 8,691,406 | 26 Oktober 2004[46] | 12 Disember 2008[47][Note 12] |
Yunani | 131,990 | 10,445,365 | 6 November 1992[48] | 1 Januari 2000[49][Note 13] |
Kesatuan Eropah | 4,595,131 | 453,234,255 | 14 Jun 1985[15] | 26 Mac 1995[16] |
Kawasan-kawasan bukan ahli Kawasan Schengen namun masih mempunyai sempadan terbuka dengan kawasan ini:
Negara | Keluasan
(km2) |
Kependudukan[11](2021) |
---|---|---|
Monaco | 2 | 36,686 |
San Marino | 61 | 33,745 |
Kota Vatikan | 0.44 | 511 |
Nota
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.