Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri Melaka ke-13 (2023-kini) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh (Jawi: اب رؤوف بن يوسف; lahir pada 18 September 1961) adalah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 sejak 31 Mac 2023 dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi kerusi Tanjung Bidara sejak November 2021. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka pada tahun pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga kenaikan jawatan sebagai ketua menteri pada Mac 2023. Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dari Mei 2020 hingga Oktober 2021. Di peringkat parti, beliau adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah, Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi BN dan UMNO Negeri Melaka sejak Julai 2018 sehingga sekarang.[2][3]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Ab Rauf bin Yusoh dilahirkan pada 20 September 1961 di Masjid Tanah, Melaka, Malaysia.[4] Beliau adalah merupakan anak bongsu kepada sepasang penoreh getah.[5] Beliau mendapat pendidikan awal di SK Jeram, Melaka. Beliau mempunyai kelulusan sijil profesional teknikal penyaman udara di Institut Kemahiran MARA (IKM), Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Kerjaya awal dan perniagaan
Ab Rauf adalah seorang tokoh korporat yang berjaya sebelum melibatkan diri ke dalam dunia politik. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Eksekutif atau Pengarah di syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham. Di antara syarikat yang pernah beliau berkhidmat adalah RadiCare dan Talam Corporation Bhd. Selain daripada itu, beliau juga adalah seorang usahawan dan jururunding yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang bisnes seperti teknologi maklumat, pembinaan, kejuruteraan minyak dan gas, pengiklanan dan sebagainya.
Remove ads
Kerjaya politik
Pada Pilihan raya negeri Melaka 2021, Ab Rauf membuat penampilan sulung bertanding pilihan raya dan dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi Tanjung Bidara menggantikan penyandang ketika itu, Md Rawi Mahmud yang bersara dalam kancah politik. Dalam pilihan raya yang sengit itu, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Parlimen dan Undang-undang serta Ahli Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti tipis hanya 364 undi sahaja.
Sebagai ahli EXCO Kanan (Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri), Ab Rauf bekerjasama rapat dengan organisasi kerajaan negeri seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka, Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) serta lain-lain tempatan dan syarikat dan syarikat swasta antarabangsa. Beliau juga membantu negeri Melaka mendapatkan pelbagai projek pembangunan dan pelaburan langsung. Beberapa projek penting yang dicadangkan antaranya ialah projek Sistem Kereta Api Transit Ringan (LRT) yang menggunakan Teknologi Magnetic Levitation (MagLev) untuk di implementasikan pembinaanya di seluruh negeri Melaka yang menghubungkan semua daerah di dalam negeri Melaka.
Ketua Menteri Melaka
Pada 31 Mac 2023, Ab Rauf mengangkat sumpah dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 untuk menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 29 Mac 2023 akibat masalah kesihatan yang di hidapinya.
Sebelum itu, kerap timbul spekulasi dan khabar angin bahawa Ab Rauf dan Sulaiman Md Ali tidak sehaluan ini kerana sebagai Pengerusi BN Melaka dan UMNO negeri Melaka tidak dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri 2021, tindakan itu dilihat melanggar konvensyen pemimpin parti politik terbesar itu dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebaliknya, Setiausaha UMNO negeri Melaka, Sulaiman Md Ali dilantik semula. Pertikaian ini membuatkan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan campur tangan dengan mengesahkan keputusan Sulaiman meletak jawatan adalah kerana masalah kesihatannya. Beliau kemudiannya mencadangkan nama Ab Rauf kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Anugerah Malaysia
Malaysia :
Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2010)
Melaka :
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2002)
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) – Datuk Wira (2014)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2017)
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) – Datuk Seri Utama (2023)
Pahang :
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2015)
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads