Sulaiman Md Ali

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sulaiman bin Md Ali (Jawi: سليمان بن مد علي; lahir 20 Disember 1966)[1] merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Lendu sejak Mei 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dari Mac 2020 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2023, serta sebagai Ahli EXCO Timbalan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Ketua Menteri Idris Haron dari Mei 2013 hingga kejatuhan pentadbiran negeri BN pada Mei 2018.[2] Beliau merupakan ahli, Setiausaha Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Bahagian Masjid Tanah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.[3]

Fakta Segera Ketua Menteri Melaka ke-12, Gabenor ...
Remove ads

Kerjaya politik

Ketua Menteri Melaka (2020–2023)

Percubaan menjatuhkan beliau dan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021

Pada 4 Oktober 2021, bekas Ketua Menteri Melaka dan ADUN Sungai Udang, Idris Haron bersama tiga lagi ADUN mengisytiharkan hilang kepercayaan serta sokongan terhadap beliau sebagai Ketua Menteri dan mendakwa bahawa kerajaan negeri telah tumbang. Namun begitu, kerajaan negeri kekal mentadbir kerana Sulaiman tidak meletakkan jawatan sebagai ketua menteri dan tidak tewas melalui usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Melaka. Susulan itu, Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan pada hari yang sama berikutan kehilangan majoriti sokongan dalam dewan, manakala kerajaan negeri beliau kekal berfungsi dalam kapasiti kerajaan sementara sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas Pilihan raya negeri Melaka 2021 pada 20 November 2021. Dalam pilihan raya tersebut, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dengan majoriti dua pertiga di dewan apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN. Beliau kekal sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan baharu. Pada keesokan harinya, Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.[4]

Perletakan jawatan

Pada 29 Mac 2023, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam serta memaklumkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Pada 30 Mac 2023, Ahmad Zahid menamakan Ab Rauf Yusoh, Pengerusi BN Negeri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara sebagai pengganti beliau. Pada 31 Mac 2023, Ab Rauf telah mengangkat sumpah dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 yang baharu.[5]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Munira M Yusop dan mempunyai tiga orang anak.[2][3]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...

Anugerah

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads