Abdul Hadi Awang

ahli politik, ulama dan penulis; Presiden Parti Islam Se-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Abdul Hadi Awang
Remove ads

Abdul Hadi bin Awang (Jawi: عبد الهادي بن اواڠ, lahir 20 Oktober 1947) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Marang. Pada peringkat parti, beliau merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak tahun 2002.

Fakta Segera Ahli Parlimen Malaysia bagi Marang, Didahului oleh ...

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah di bawah Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Pada penggal Parlimen Malaysia ke-10, Parti Islam Se-Malaysia bersama rakan komponen Barisan Alternatif memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999 di Terengganu. Beliau dipilih sebagai YAB Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, PAS bersama rakan komponen ditewaskan BN. Tan Sri Idris Jusoh menggantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu. Tuan Guru kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Ru Rendang sehingga tahun 2018. Beliau juga menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat selepas pemergiannya.

Remove ads

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Haji Awang Mohamad bin Abdul Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.[1]

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila, tempat beliau tinggal sekarang. Ayahanda beliau yang merupakan Tok Guru di Kampung Rusila juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu.[2] Begitu juga dengan bondanya yang menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.[3]

Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah British. Beberapa tahun selepas pengharaman itu, Haji Awang Mohammad muncul pula sebagai salah seorang yang paling awal memperkenalkan perjuangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Terengganu.

Remove ads

Keluarga

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendirikan rumah tangga dengan To' Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang cahaya mata iaitu 11 orang daripada isteri pertama dan 3 orang daripada isteri kedua[3][3]. Dalam keluarga yang lebih besar, beliau dikurniakan 11 orang menantu dan lebih 30 orang cucu.

Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan alumni Universiti Al-Iman, Yaman[4] kini menggalas jawatan sebagai ADUN Batu Buruk, Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Selain itu, terdapat juga anak dan menantu beliau yang lain yang turut aktif dalam organisasi parti politik PAS, antaranya:

  1. Ustaz Zaharudin bin Muhammad, suami kepada anak kedua beliau, merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Buloh (sesi 2019-2021) dan pernah menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (sesi 2013-2015), Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (sesi 2015-2017) dan Yang Dipertua PAS Kawasan Subang (sesi 2015-2017)
  2. Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin, suami kepada anak ketiga beliau, merupakan ADUN Selama, Perak (penggal 2018-2021) dan pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (sesi 2015-2017 & sesi 2017-2019)
  3. Ustaz Yusof bin Abdul Hadi, anak ke-7 beliau, merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (sesi 2019-2021) yang juga Ahli Majlis Daerah Marang (penggal 2018-kini)
  4. Ustaz Mohd Irham Nori bin Abidin, suami kepada anak ke-8 beliau, merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu yang juga merupakan Pengarah PASTI Kawasan Hulu Terengganu.

Panggilan ‘Tuan Guru Haji Abdul Hadi’ mula menjadi popular di kalangan pengikut-pengikutnya dan para hadirin jemaah di Masjid Rusila. Manakala di kalangan murid-murid dan penyokong-penyokong yang rapat dengannya serta masyarakat kampung, dia lebih mesra pula dipanggil dengan panggilan ‘Ayah Cik’[5].

Remove ads

Pendidikan

Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955.[6] Kemudian, beliau mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Dari tahun 1965 hingga 1968, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik daripada ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (1969-1973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974 hingga 1976.

Penglibatan dalam Politik

Beliau mula aktif dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi. Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang. Pada tahun 1976, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, beliau dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi pemangku Naib Yang Dipertua PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1983, beliau bersama Datuk Nakhaei Ahmad sekali lagi terpilih sebagai Naib Presiden PAS. Pada tahun 1989, beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.[7]

Berikutan kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2002.[8] Beliau menjadi Presiden PAS selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2003.[9] Dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61, buat pertama kalinya beliau dicabar untuk jawatan Presiden PAS oleh Ustaz Ahmad Awang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengalahkan pencabar beliau dengan majoriti 695 undi.[10]

Pilihan raya

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978. Diamanahkan oleh PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 itu, empat orang lagi tokoh pimpinan PAS Terengganu turut memenangi kerusi DUN. Mereka ialah Haji Mustafa Ali (DUN Wakaf Mempelam), Haji Harun Taib (Manir), Haji Abu Bakar Chik (Jeram), dan Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Batu Burok). Kelima-lima mereka ibarat lima jari yang jika digenggam akan menjadi penumbuk yang sangat menyakitkan kerajaan BN ketika itu.

Dan kebimbangan itu menjadi realiti, terutama pada setiap kali berlangsungnya sidang DUN Terengganu. Diceritakan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad sampai menitiskan air mata apabila wakil-wakil rakyat PAS membaca ayat-ayat suci al-Quran dan hadis perihal kemungkaran dan dosa tidak melaksanakan perintah dan hukum Allah dalam sesebuah pemerintahan.

Pada 1986, beliau menang sekali lagi di DUN Rhu Rendang (Nama baru bagi DUN Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999.

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November 1999, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac 2004 di samping menjadi Ahli Parlimen Marang. Beliau turut dipertanggungjawabkan menjadi Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004, menggantikan Ustaz Fadzil Mohd Noor yang meninggal dunia.

Beliau tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008.[11]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi,[12] menewaskan Datuk Yahya Khatib Muhammad dari BN [13]. Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819, menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN.[14]

Keputusan pilihan raya
  • Pilihan raya Persekutuan (Parlimen)
Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...
  • Pilihan raya Negeri (Dewan Undangan Negeri)
Maklumat lanjut Year, Constituency ...

Kerajaan

Kerajaan Negeri

Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ke-11 dengan rasminya pada hari Selasa, 22 Syaaban 1420 bersamaan 30 November 1999, ketika berusia 52 tahun. Istiadat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar dan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 2 Disember 1999.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Dato’ Seri Wan Mokhtar Ahmad setelah PAS berjaya memenangi 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-10. Parti itu juga memenangi tujuh daripada lapan kerusi Parlimen sementara satu lagi kerusi Parlimen dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat.[15]

Berikut merupakan portfolio kepimpinan Kerajaan Terengganu sesi 1999 - 2004.

Maklumat lanjut Nama, Portfolio ...
Kerajaan Persekutuan

Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020[16] secara rasminya pada 2 April 2020. Pelantikannya diumumkan menerusi sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri[17]. Beliau sekali lagi dilantik dengan jawatan yang sama dalam Kabinet Malaysia 2021 dari September 2021 hingga Oktober 2022[18].

Remove ads

Penglibatan dalam masyarakat

Pendidikan masyarakat

Pengajian di Masjid Rusila

Beliau amat dikenali dengan pengajian mingguan beliau di Masjid Rusila, Terengganu[19]. Beliau mula memberikan Kuliah Dhuha Jumaat di masjid tersebut bagi menyambung pengajian yang sebelum ini disampaikan oleh bapanya pada Januari 1976[20]. Sepanjang pengajian tersebut, beliau telah khatam kuliah tafsir al-Quran kali kedua pada tahun 2016, selepas kali pertama pada 1996[21]. Selain tafsir, beliau turut menyampaikan kuliah Aqidah, Sirah dan Hadis Nabawi.

Pengajian di Lembah Klang.

Beliau pernah menyampaikan kuliah bulanan secara tetap di Lembah Klang sejak awal 1980-an, di Masjid Mujahidin, Damansara. Bagaimanapun, kuliah bulanan yang membawa tajuk Aqidah Islam itu telah lama terhenti disebabkan faktor-faktor tertentu. Bermula Oktober 2017, beliau telah diberikan ruang untuk menyampaikan kuliah bertajuk Dunia Islam Masa Kini (Hadir al-`Alam al-Islami) dalam Kuliah Dhuha Perdana anjuran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.[22].

Badan bukan kerajaan

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu [23]. Pada tahun 1978, beliau mula menjadi tenaga pengajar Maahad Al-Ikhwan (Institut Berakan), sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang Akar, Kuala Terengganu. Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi aktif secara serius dalam PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad [24]. Ramai dalam kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu (Beralih ke Amanah, 2015), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Beralih ke Amanah, 2015), Datuk Paduka Husam Musa (Beralih ke Amanah, 2015), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Muhammad Daud Iraqi dan ramai lagi.[25]

Remove ads

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran di Malaysia

Anugerah ketokohan

  1. Pada 1 September 2019, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 1441H yang disampaikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.[28]
  2. Pada 15 Jun 2019, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Perpaduan Ummah oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59 di Kuantan, Pahang.[29]
  3. Pada 13 April 2019, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Mursyid Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 6.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Stadium Negeri Terengganu.[30]
  4. Pada 16 Mei 2015, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Murabbi Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Kompleks PAS Negeri Kedah.[31]
  5. Pada 26 September 2014, beliau dipilih sebagai Ikon Tani Terengganu 2014 dalam Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014 di Dataran Itqanul Muluk, Kuala Berang, Terengganu anjuran PAS Terengganu.[32]
  6. Pada 15 April 2011, beliau telah dianugerahkan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand sempena Multaqa Muslimat Universiti Islam Yala. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut.[33] Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut.[34]
Remove ads

Bibliografi

Menteri Besar Terengganu

Pencapaian Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu adalah seperti berikut.

Beliau telah meningkatkan pungutan zakat kepada tahap yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta.

Beliau juga mengurangkan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun;

Aktiviti pembalakan telah ditingkatkan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997)

Remove ads

Kontroversi

Mengulas tentang G25

Pada 31 Januari 2020, kumpulan bekas penjawat tinggi awam, G25 menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Abdul Hadi Awang, atas kenyataan presiden PAS itu terhadap mereka.[35] Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada 17 Januari menyifatkan G25 sebagai kumpulan makhluk perosak, jahil dan bebal serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.[36] Kenyataan itu dibuat susulan laporan G25 bertajuk "Administration of Matters Pertaining Islam" yang menyuarakan kritikan terhadap undang-undang Islam terhadap Muslim dengan mengatakan tindakan murtad misalnya adalah urusan seseorang dengan tuhan.[37]

Pada 19 Februari 2020, jurucakap G25, Noor Farida Ariffin, berkata kenyataan dibuat Abdul Hadi pada pertengahan Jan lalu mengaibkan, malah dikhuatiri akan mengapi-apikan golongan tertentu untuk bertindak di luar undang-undang. Katanya, kata-kata tersebut merupakan kesalahan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan dengan niat hendak mengapi-apikan atau mungkin mengapikan golongan atau kaum melakukan kesalahan ke atas golongan atau kaum lain.[38]

Dia telah kata macam-macam terhadap kami dan ia serangan yang tidak adil sebab ternyata dia tak pernah membaca buku (laporan) itu dan salah sangka mengenai isi kandungannya.

Kandungan buku (laporan) itu bukan tenets of Islam (rukun Islam) tapi merupakan laporan dan kajian terhadap pentadbiran Islam di Malaysia, khususnya melihat kepada peranan dan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).[38]

Mengulas tentang agama Kristian

Pada 9 Disember 2020, dua penganut Kristian dari Sabah memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang atas kenyataan yang didakwa menghasut pengikut agama itu. Kedua-dua plaintif menyaman Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang diterbitkan dalam organ parti, Harakah pada 18 Januari 2016. Mereka meminta pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam pemerintahan Malaysia, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri.[39]

Kami dengan hormat menyatakan bahwa terdakwa telah membuat pernyataan yang tidak berasas terhadap orang Kristian dan / atau mubaligh Kristian.

Kenyataan defendan telah memburuk-burukkan masyarakat Kristian di negara ini dan dengan demikian telah menjadi kepentingan awam.

Namun, sudah lebih dari empat tahun sejak defenden mengeluarkan pernyataan menghasut ini tetapi tidak ada pendakwaan yang dilakukan terhadapnya.[39]

Pada 7 May 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Abdul Hadi Awang untuk membatalkan saman pemula saman terhadap presiden PAS itu yang didakwa menghasut pengikut agama Kristian. Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir dalam penghakimannya membenarkan permohonan Hadi untuk membatalkan saman yang difailkan oleh plaintif pertama dan kedua dan berkata bahawa saman itu tidak mempunyai locus standi, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.[40]

Ketika saya meneliti keseluruhan saman itu, sebenarnya jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana kecenderungan menghasut adalah plaintif sendiri.

Mereka (plaintif) telah membangkitkan semula perkara yang berlaku pada 2016 dan menjadikan ia sebagai isu baharu.

Oleh demkian, saya membenarkan permohonan defendan (Hadi) untuk membatalkan saman pemula itu kerana ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.[40]

Hakim Akhtar juga memerintahkan setiap plaintif membayar kos tindakan RM50,000 kepada defendan.[40]

Hina mahkamah

Pada 25 Februari 2021, barisan sembilan hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menyatakan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak sah.[41]

Pada 4 Mac 2021, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily, tidak menamakan hakim tertentu tetapi merujuk kepada Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Beliau kemudian mengatakan ada orang yang tidak peka terhadap Islam dan menyamakannya dengan makhluk tertentu.[42]

Pada 7 Mac 2021, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mahu prosiding penghinaan mahkamah dimulakan terhadap Abdul Hadi Awang. Gopal mengatakan bahawa tidak boleh ada pilih kasih mengenai tindakan penghinaan mahkamah.[43]

Error: No text given for quotation (or equals sign used in the actual argument to an unnamed parameter)

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads