Mohamed Salleh Abas

hakim dan ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tun Mohamed Salleh Abas[2] (25 Ogos 1929–16 Januari 2021[3][4][5]) ialah bekas Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan di Malaysia.

Fakta Segera Pengerusi Jawatankuasa Akauntabiliti dan Tugas-Tugas Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Sultan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Dilahirkan di Kampung Raja, Besut, Terengganu, Salleh melanjutkan pendidikannya di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949 dan memperoleh ijazahnya dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1957, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Bharu, Kelantan. Tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian pergi ke Britain semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London. Salleh kembali pada tahun 1962, dan dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka. Satu tahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai-bagai jawatan di bawah Peguam Negara Malaysia, dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.[6]

Ketika mencapai usia 50 tahun, Salleh hendak bersara tetapi dipujuk oleh Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara, untuk meneruskan perkhidmatannya. Salleh dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ganti. Walaupun kerja itu membosankannya, beliau masih meneruskan. Ketika Suffian bersara pada tahun 1982 dan digantikan oleh Raja Azlan Shah, Salleh menjadi Ketua Hakim Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun, iaitu pada tahun 1984, Sultan Perak mangkat dan Raja Azlan meletakkan jawatan untuk naik takhta. Oleh itu, Salleh menjadi Ketua Hakim Negara sebagai ganti.[6]

Semasa tempoh perkhidmatan Salleh, Mahkamah Persekutuan menjadi mahkamah yang tertinggi secara rasmi. Sebelum itu, rayuan bantahan boleh dibuat terhadap keputusan mahkamah tempatan kepada Majlis Privy British, tetapi disebabkan kebimbingan terhadap kesan jajahan, hubungan itu diputuskan secara rasmi. Salleh kemudian menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan ini kerana mempercayai bahawa beliau tidak akan dipecat jika hubungan dengan Majlis Privy masih dikekalkan.[6] Pada tahun 1985, Mahkamah Persekutuan dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung.

Remove ads

Selepas sabitan

Tidak lama selepas sabitannya, Salleh dianugerahkan dengan "Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)", oleh Sultan Kelantan pada tahun 1988.[7] Dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, Salleh dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu untuk kawasan pilihan raya Jertih dengan tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau tidak menyertai pilihan raya pada tahun 2004 disebabkan kesihatannya.[8]

Remove ads

Selepas persaraan

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah bagi as-Salihin Trustee Berhad hingga ke akhir hayat.[9]

Pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Pembangkang ...
Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Remove ads

Anugerah

Remove ads

Meninggal dunia

Ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, pada 14 Januari 2021, beliau telah disahkan positif COVID-19 dan telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Tiga hari kemudian, pada 16 Januari 2021, beliau telah disahkan meninggal dunia akibat pneumonia yang disebabkan oleh COVID-19 di hospital tersebut pada jam 3.20 pagi, dan kemudian dikebumikan bersebelahan pusara isteri beliau yang pertama, Toh Puan Azimah Mohd Ali di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu pada jam 10.40 pagi.[12][13][14] Sepasukan kakitangan perubatan seramai 10 orang ditugaskan untuk menguruskan jenazah beliau dan semua media dilarang untuk membuat liputan kerana ketika itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads