Abdul Latiff Abdul Rahman

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Abdul Latiff Abdul Rahman
Remove ads

Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman (lahir 7 Julai 1971) merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai sejak 2018. Beliau juga pernah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MengkebangKelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai.

Fakta Segera Yang Berhormat Tuan JMN; AP, Didahului oleh ...
Remove ads

Pendidikan

Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Pondok Sungai Durian. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran di Universiti Al-Nahrain, Iraq, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Al al-Bayt, Jordan dalam bidang Tafsir.

Kerjaya

Beliau menjadi Mudir di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian pada tahun 2000 hingga 2004. Pondok Sungai Durian merupakan pondok yang diasaskan oleh ayahandanya, Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Beliau telah dilantik oleh kerajaan negeri Kelantan menjadi Penyelia DUN bagi DUN Mengkebang pada 2004 hingga 2008.

Menjelang pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah menjadi calon bagi PAS untuk DUN Mengkebang. Beliau menang dalam pilihan raya tersebut. Kemudian beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kelantan sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2013.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2013 pula, beliau sekali lagi mengekalkan kemenangan di DUN Mengkebang, dan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan sehingga tamat penggal, 2018.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Kuala Krai dan menang.

Remove ads

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads