Mohd Hatta Ramli

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohd Hatta Ramli
Remove ads

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (lahir 11 September 1956) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Lumut, Perak dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018). Beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.

Fakta Segera Ahli Dewan Negara, Lantikan Yang di-Pertuan Agong ...
Remove ads

Pendidikan

Menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian belajar jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura.

Keluarga

Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi.

Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.

Kerjaya dan politik

Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
  • Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
  • Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
  • Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-1996
  • Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-2002
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
  • Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
  • Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
  • Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
  • Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
  • Misi pemantau ke Selatan Filipina
  • Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
  • Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
  • Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
  • Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Doktor Peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Exco Pemuda PAS Pusat
  • Ketua Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
  • YDP PAS Gombak
  • AJK PAS Pusat
  • Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak[2]
  • Bersama-sama dengan Mohamad Sabu dan bekas ahli-ahli PAS yang lain membentuk Parti Amanah Negara
  • Menjadi Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...

Dewan Negeri Selangor

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Isu-isu

  • Pada 26 Januari 2008, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Dr Hatta Ramli dan lain-lain dari menyertai perhimpunan NGO Protes di KLCC.
  • Dr Hatta Ramli pernah mencadangkan agar tanaman tembakau yang banyak diusahakan oleh penduduk di Kelantan perlu ditukar dengan tanaman alternatif lain yang lebih menguntungkan. Ini kerana menghisap rokok telah difatwakan sebagai haram di Malaysia kerana boleh menjejaskan kesihatan jantung para perokok aktif dan perokok pasif.
Remove ads

Anugerah

Pautan luar

Mohd Hatta Ramli di Facebook

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads