Amin Idris

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Amin Idris (lahir 4 April 1981) merupakan seorang pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia.[3] Beliau terkenal dengan mengacarakan rancangan televisyen keagamaan. Selain itu, beliau juga telah mengarang beberapa buku yang kebanyakannya berkonsepkan perihal kepemimpinan remaja.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan awal

Amin Idris dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Ayahnya berbangsa India dan Iban, manakala ibunya pula berbangsa Siam, Cina dan Filipina. Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling di universiti sama.[4]

Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai penulis skrip dan kandungan di TV Pendidikan di TV2 pada tahun 2005 hingga 2007, mengacara siaran langsung Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2007, 2008 dan 2009, juga penyampai rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM dan klip motivasi bahasa Inggeris di TraXX FM.

Sebagai pengacara televisyen, beliau telah mengacarakan beberapa rancangan TV di TV AlHijrah termasuk Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti sejak 2010 hingga 2016. Kemudian mengacara rancangan Salam Duha di Astro Oasis. Amin mula dikenali umum semasa mengacarakan rancangan Tazkirah Malam Jumaat yang bersiaran di Astro Oasis sejak 2016 hingga kini. Beliau menerima pencalonan bagi kategori Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019. Selain itu, Amin juga mengemudi rancangan TV khas siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Borak Dulu Baru Buka sejak 2021.

Amin juga berjinak-jinak dalam kerjaya nyanyian apabila merakamkan semula lagu "Fikirkan Boleh", nyanyian asal kumpulan Metropolitan dengan diberi nafas baharu.[5]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Amin mempunyai minat mendalam terhadap watak adiwira Marvel, Iron Man dan telah mengumpul koleksi istimewa Iron Man termasuk koleksi peribadi sut lengkap.[6]

Kontroversi

Sekitar April 2020, berlaku konflik antara Amin dan Ustaz Abu Syafiq apabila beliau memuatnaik status di media sosial yang melibatkan isu dengan penceramah bebas, Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan maruah Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan.[7][8] Beliau dilaporkan enggan minta maaf dan enggan membayar ganti rugi RM1 juta kepada Abu Syafiq.[9][10]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads