Amyza Aznan
Pelawak dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Amyza binti Aznan (lahir 18 Julai 1974, kadangkala dikreditkan sebagai Amyza Aznan) merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia. pelakon cantik ini mula menceburkan diri dalam bidang seni lakonan sejak 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid dan Norseha selama 4 tahun pada 2005.
Pada tahun 2011 Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.
Remove ads
Kehidupan awal
Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada 5 beradik,ini lahir pada 18 Julai 1974 di Alor Gajah, Melaka. Bapanya, Aznan Ibrahim seorang bekas anggota polis dan pekerja malaysia airlines system( MAS) sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus juga seorang pekerja di malaysia airlines system (M.A.S). Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai.[1] Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan,memasuki sekolah berasrama di melaka. kebetulan satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Amyza pernah menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah, penyanyi kumpulan Indigo pada 1998 hingga mereka putus di tengah jalan pada 2001. Kisah putus cinta mereka mencetuskan kontroversi kerana Bard mengalami kemurungan hingga ditahan di hospital.[2] Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006), Andrian Adam (2008) dan Ayden Andika (2014).[3] Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
- (Finalis) Pelakon TV Sensasi - Anugerah Media Hiburan 2003
- (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
- Naib Juara Sehati Berdansa Musim Kedua (2008)
- (Finalis) Pelakon Wanita Terbaik (Drama) - Anugerah Skrin 2011 menerusi drama komedi Midah Kuih Bangkit
- (Finalis) - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Anugerah Skrin 2016 menerusi drama Ku Haramkan Susu Itu
- (Pemenang) - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah
- (Pencalonan) - Artis Pembantu TV Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (2024)
Remove ads
Jurucakap produk
- Wangian Karisma (2009-2012)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads